Semakan Awal Kesihatan Anda Melalui Warna Air Kencing


Warna air kencing berkait rapat dengan tahap kesihatan badan kita. Air kencing yang terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh membawa petanda bahawa kesihatan anda terancam. Warna air kencing normal iaitu kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.Warna air kencing juga bergantung kepada makanan, jumlah air yang anda ambil, ubat yang anda makan dan sebagainya. Terdapat banyak warna yang jatuh dalam spektrum normal tetapi contoh warna di bawah dikira sebagai tidak normal.Anda boleh semak kesihatan anda dengan hanya melalui warna air kencing, baca lanjut artikel dibawah:

Baca juga:

Kreteria Warna Air Kencing:

Berikut merupakan warna dan punca air kencing:

Jernih (seperti air):

  • Normal jika sekali sekala, maka kurangkan pengambilan air anda ke 8 gelas sehari.
  • Ini bermakna anda terlampau minum banyak air.
  • Pengambilan air yang terlalu banyak boleh menyebabkan elektrolit dalam badan kurang.
  • Boleh menyebabkan penyakit “water intoxication syndrome” jika berlarutan.

Merah atau merah jambu:

  • Air kencing warna merah jambu atau merah boleh berlaku selepas anda mengambil makanan yang berwarna seperti ubi bit merah dan blueberry.
  • Warna merah juga boleh menandakan darah dalam air kencing anda.
  • Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan warna air kencing berdarah pula ialah:
  1. Penyakit kelenjar prostat yang membengkak.
  2. Penyakit batu karang.
  3. Jangkitan saluran kencing.
  4. Ketumbuhan.
  5. Masalah pembekuan darah.

Jingga:

  •  Air kencing berwarna jingga adalah disebabkan dehidrasi atau masalah dengan hempedu anda.
  • Jika najis berwarna kuning cair diikut kencing berwarna jingga, anda mungkin mengalami masalah hempedu.
  • Pengambilan ubat Rifampin dan Phenazopyridine juga boleh menyebabkan air kencing warna jingga.

Biru atau hijau:

  • Air kencing anda berwarna biru, ungu atau indigo boleh menyebabkan jangkitan Pseudomonas Aeruginosa.
  • Kesan penggunaan ubat bius propofol dalam kuantiti yang tinggi.

Perang gelap:


  • Air kencing berwarna perang menandakan dehidrasi.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti metronidazole dan chloroquine.
  • Tanda anda mempunyai masalah hati.
  • Masalah kesihatan yang digelar prophyria (menyebabkan pengumpulan bahan kimia semula jadi dalam darah).

Kekapuran:

  • Air kencing berwarna seperti berkapur dan tidak jernih menandakan jangkitan saluran kencing.
  • Boleh juga menandakan penyakit kronik dan masalah buah pinggang.
  • Cuma menandakan dehidrasi.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut berkaitan kesihatan, sila rujuk pakar kesihatan anda di klinik atau hospital dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penafian – Semua artikel kami kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Semakan Awal Kesihatan Anda Melalui Warna Air Kencing” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia