Semak Status Trafik Di Lebuhraya Elak Kesesakan Lalu Lintas

Lembaga Lebuhraya Malaysia mewujudkan satu sistem bagi menyemak status trafik semasa di lebuhraya di Malaysia bertujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat perancangan perjalanan. Susulan pengumuman kebenaran rentas negeri oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ni, maka ramailah rakyat Malaysia yang telah lengkap dua dos vaksinasi mengambil peluang untuk pulang ke kampung dan melancong ke negeri-negeri lain.

Maka kebanyakan lebuhraya di Malaysia kini kembali sibuk dah macam musim perayaan. Berderet-deret kenderaan yang meluncur di lebuhraya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Objektif:


Objektif penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah seperti berikut:

  •  mengadakan suatu sistem pengangkutan jalan raya yang cepat, selamat dan lengkap untuk negara secara keseluruahannya.
  • untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyenggara rangkaian lebuhraya yang moden serta lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan.
  • menghubungkan kesemua pekan utama yang sediada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi,budaya dan sosial serta perpaduan negara.
  • membolehkan suatu sistem pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan seluruh negara.
  • Untuk melatih kakitangan dan seterusnya memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyenggaraan lebuhraya.

Tujuan Semak Status Trafik:


Berikut merupakan tujuan, adalah bagi:

  1. Rancang perjalanan.
  2. Elak kesesakan.
  3. Memudahkan pengguna jalan raya.

Cara Semak Status Trafik:


Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status kesesakan:

Semak Status Trafik Di Lebuhraya Elak Kesesakan Lalu Lintas 1

  1. Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Status Trafik Semasa.
  3. Kemudian, pilih lebuhraya mana yang kita nak tengok.
  4. Nanti akan dipaparkan rakaman CCTV Live view dari setiap kamera yang ada dekat highway tu.

Cara Guna Kalkulator Tol:


  1. Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Kalkulator Tol.
  3. Kemudian, pilih lebuhraya mana dan pilih plaza masuk tol.
  4. Paparan kadar tol akan dinyatakan untuk setiap kelas kenderaan.

Gambar berikut merupakan contoh kadar kiraan tol di Lebuhraya KL-Putrajaya  (MEX):

Semak Status Trafik Di Lebuhraya Elak Kesesakan Lalu Lintas 2

Oh ya, selain nak check status trafik atau kesesakan di lebuh raya, anda juga boleh menggunakan laman web ini untuk mengetahui jumlah kadar bayaran tol yang diperlukan dari satu lokasi ke satu lokasi melalui KALKULATOR TOL.

Bolehlah kita pastikan baki dalam kad Touch n Go atau Smart tag tu mencukupi.

Baca juga:

Semakan Baki Touch n GO: Cara Check Baki Secara Online

Pelaksanaan RFID Secara Menyeluruh Mulai Januari 2022

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau hubungi talian hotline 1800-88-7752.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3