Home » Bantuan » Semak Penyata Pencen dan Persaraan Menurusi Aplikasi MyPESARA

Semak Penyata Pencen dan Persaraan Menurusi Aplikasi MyPESARA

MyPesara merupakan aplikasi pintar yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pesara Kerajaan Malaysia mencapai maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan dan maklumat bayaran pencen yang diterima setiap bulan.

MyPesara memberi peluang kepada pengguna untuk merancang dan mengurus persaraan masing-masing dengan cekap dari segi kewangan, kesihatan dan meningkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh KWAP kepada pesara kerajaan.

MuatTurun Aplikasi MyPESARA:

Bagi permulaan, anda seharusnya memuat turun (download) aplikasi My untuk memudahkan urusan anda disini:

Aplikasi Atas Talian

Selain itu, anda juga boleh layari Aplikasi Atas Talian yang terdapat di laman sesawang Bahagian Pasca Perkhidmatan (www.jpapencen.gov.my). Berikut adalah kemudahan yang disediakan:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  1. Semakan Status Permohonan Persaraan;
  2. Cetakan Surat Persaraan Pilihan;
  3. Semakan Pemberian Taraf Berpencen;
  4. Semakan Kelulusan Faedah Persaraan;
  5. Semakan Penyata Pencen;
  6. Pemakluman Bayaran Ganjaran;
  7. Bantuan Mengurus Jenazah;
  8. Semak Pindaan Potongan;
  9. Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil;
  10. Sistem Maklum Balas;
  11. Surat Akuan Pesara;
  12. Kelulusan Pelantikan Wakil Diri;
  13. Status Permohonan Tuntutan Perubatan; dan
  14. Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan).

Cara Semak No Akaun Pencen:

Anda boleh dapatkan no akaun pencen anda di Kad Pesara.

Panduan Menggunakan Aplikasi MyPESARA:

Setelah anda mengetahui no akaun pencen anda, berikut adalan panduan mengunakan aplikasi MyPesara:

  1. Buka aplikasi MyPesara anda
  2. Log Masuk MyPesara dengan menggunakan
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Akaun Pencen (terdapat di Kad Pesara anda)
  3. Tekan Butan Log Masuk
  4. Setelah anda berjaya Log Masuk, berikut adalah kemudahan yang ada dalam aplikasi MyPesara:
    • Menyemak maklumat persaraan.
    • Informasi berkaitan faedah persaraan, tips pengurusan kewangan dan kesihatan.
    • Tetapkan temujanji dan hubungi kami melalui aplikasi ini.
    • Pengumuman terkini mengenai aktiviti untuk pesara.
    • Kalendar tarikh pembayaran pencen.

Maklumat Lanjut:

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MyPesara,sila layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Disclaimers – Bahan artikel kami share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Semak Penyata Pencen dan Persaraan Menurusi Aplikasi MyPESARA” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!