Cara Untuk Semak Nombor Akaun Astro Anda


Nak check no akaun astro tapi tak tahu caranya? terdapat beberapa cara mudah untuk check nombor ASTRO anda secara dalam talian, hubungi khidmat pelanggan, menggunakan aplikasi MyAstro atau melalui khidmat pesanan ringkas SMS. Mudah sahaja!

Dengan menggunakan cara-cara ini, anda tidak lagi perlu ke kaunter cawangan Astro untuk menyemak nombor Astro anda.

Anda juga memerlukan nombor ASTRO ini bagi urusan seperti menghantar aduan atau ingin berhenti melanggan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Astro .

1. Melalui khidmat SMS


Anda boleh menghantar SMS kepada pihak Astro dengan mudah untuk check nombor Astro anda.

Bagi pengguna prepaid, pastikan anda mempunyai kredit. Sila ikuti langkah mudah berikut:

  1. Taip ASTRO >jarak> ACC >jarak> 12 Digit No Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 666888
  3. Contoh ASTRO ACC 900202022345

Anda akan menerima SMS dari pihak Astro beserta maklumat nombor akaun Astro anda.

2. Melalui talian khidmat pelanggan

Untuk kemudahan setiap pelanggan Astro, Astro telah menyediakan nombor khas bagi talian khidmat pelanggan bagi pelanggan mereka membuat aduan, terminate akaun Astro, menyemak bil Astro, menyemak nombor Astro atau banyak lagi.

Baca juga: Cara Tutup Akaun ASTRO Tanpa Perlu Ke Kaunter

Talian khidmat pelanggan ini boleh dihubungi di talian 03 9543 3838.

Sila bercakap dengan pihak operator dan nyatakan anda ingin menyemak nombor akaun Astro anda. Untuk tujuan keselamatan anda mungkin akan diminta untuk memberikan maklumat berkaitan diri anda.

3. Melalui portal Astro

Untuk check nombor Astro anda, boleh ikuti langkah yang berikut:

  1. Sila layari portal rasmi Astro di pautan https://www.astro.com.my/
  2. Boleh Klik pada ikon atau tulisan Login pada bahagian menu atas laman web tersebut
  3. Sila Log masuk menggunakan akaun Astro ID anda. (Sekiranya tidak mempunyai Astro ID, sila lakukan pendaftaran baru dahulu)
  4. Pada bahagian dashboard, klik pada bahagian bil.
  5. Daripada bil tersebut, anda boleh melihat nombor akaun Astro anda

4. Melalui aplikasi My Astro

Pihak Astro telah membangunkan sebuah aplikasi untuk pelanggan mereka yang diberi nama My Astro.

Buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS & anda boleh memuat turun daripada Google Play ataupun App Store daripada pautan di bawah:

  • Google Play – Untuk pengguna Android
  • App Store – Untuk pengguna iOS

Kemudian, anda boleh log masuk akaun Astro anda menggunakan Astro ID. Sekiranya belum mempunyai Astro ID, anda dikehendaki membuat pendaftaran akaun baru terlebih dahulu ya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3