Semak Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000 Secara ‘One-Off’

Berita baik bagi pencarum KWSP, permohonan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10K kini dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui portal khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mulai 1 April 2022.

Butiran selanjutnya ada dibawah.

Baca juga:

Butiran Pengeluaran Khas KWSP: 


Berikut adalah antara butiran pengeluaran khas KWSP:

  • Pembayaran pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli KWSP.
  • Bayaran akan dibuat dalam satu kali bayaran (one – off) sahaja.
  • Pemohon perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri.
  • Jumlah Maksimum Pengeluaran Khas RM10,000
  • Jumlah Minimum sebanyak RM50.
  • Wajib mengekalkan baki jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

Tarikh Semakan Dibuka:


Semakan status kelulusan permohonan bagi pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022.

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk Pengeluaran Khas KWSP RM10,000:

Langkah 1: Layari laman sesawang KWSP dan pilih Mohon Sekarang.

Langkah 2: Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.

Langkah 3: Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan.

Langkah 4: Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN).

Langkah 5: Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.

Langkah 6: Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan. Tekan TERUSKAN.

Langkah 7: Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.

Langkah 8: Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.

Langkah 9: Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSP atau hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3