Semak Kelayakkan Bagi Bantuan I-Fitri 2023 Sebanyak RM300

Bantuan i-fitri 2023 baru sahaja diperkenalkan yang mana ianya merupakan satu inisiatif yang akan diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri bagi membantu rakyat dalam persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

BANTUAN I-FITRI 2023


Permohonan bantuan ini telah dibuka kepada warga negeri Terengganu dan diberikan sempena bulan Syawal tahun ini. Golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2500 adalah  layak untuk memohon bantuan tersebut.

Namun permohonan bagi bantuan i-fitri RM300 telah ditutup pada tarikh 31 Mac 2023 dan pihak kerajaan negeri berharap agar bantuan yang disalurkan dapat membantu sedikit sebanyak rakyat yang memerlukan.

Disebabkan masih ada yang masih tidak sempat membuat permohonan , terdapat satu lagi bantuan yang masih dibuka untuk permohonan iaitu i-fitri perantau yang mana permohonan tersebut masih dibuka sehingga 20 April 2023 namun beberapa syarat perlu dipatuhi untuk permohonan tersebut.

 

KRITERIA DAN SYARAT BAGI KELAYAKAN BANTUAN I-FITRI PERANTAU


Berikut adalah syarat utama bagi kelayakan bantuan i-fitri perantau :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan rakyat negeri Terengganu yang menetap di luar negeri
  • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu
  • Individu yang ingin memohon perlu isi terlebih dahulu maklumat diri dalam sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online)

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon dan ahli keluarga
  • Salinan penyata gaji atau slip pencen atau surat akuan pendapatan bagi yang bekerja sendiri
  • Salinan bil utiliti (bil airi atau elektrik)
  • Salinan surat akuan permastautin

 

SEMAKAN PERMOHONAN


Untuk semakan bagi permohonan yang diluluskan atau tidak, pemohon boleh menyemak terus secara online dan boleh layari web rasmi iBantuan.– Klik SINI 

Kepada yang berkelayakan seperti krtiteria diatas , disarankan membuat permohonan dengan segera kerana pembayaran akan diagihkan bermula 17 April 2023.


4 thoughts on “Semak Kelayakkan Bagi Bantuan I-Fitri 2023 Sebanyak RM300”

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3