Semak Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 2021

Home » Bantuan » Semak Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 2021

PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 2021 Semak Kelayakan

Apakah PeKa40? Ia juga dikenali sebagai Skim Peduli Kesihatan.

Salah satu inisuatif kerajaan yang memfokus untuk membantu glongan berpendapatan rendah B40 melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seramai 800,000 rakyat Malaysia bakal terima manfaat dari skim ini.

Kami dari Portal Malaysia berharap perkongsian PeKa40 Skim peduli Kesihatan berguna untuk anda.

Baca Juga : SMUE 2.0 (Skim Mesra Usia Emas): Bantuan RM100 Untuk Warga Emas 2021

Apa yang perlu dilakukan?

Sangat Mudah!, penerima hanya perlu membawa kad pengenalan anda ke klinik swasta yang menyertai skim Klinik PeKa B40 bagi membuat pemeriksaan kesihatan (Manfaat 1).

Jika anda disahkan menghidap penyakit dan perlu jalani pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital kerajaan, penerima bakal layak mendapat 3 lagi manfaat seterusnya.

Skim ini adalah percuma kerana semua pembiayaaan ditanggung oleh kerajaan.

Semakan PeKa B40 Online

Untuk makluman, tiada pendaftaran diperlukan untuk program ini!

Sekiranya anda penerima Bantuan Sara Hidup dan berumur 40 tahun ke atas, maka anda secara automatik layak menerima manfaat program Skim Peduli Kesihatan ini.

Untuk lebih yakin, anda boleh semak kelayakan anda di https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan juga klik butang SEMAK.

Baca Juga : Jaringan Prihatin: Internet Percuma & Rebat Beli Telefon Baru RM180

Manfaat Skim Peduli Kesihatan B40

Berikut dikongsikan empat manfaat program PeKa B40 iaitu:

  • Manfaat 1: Saringan Kesihatan Anda
  • Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan
  • Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan

Proses mendapatkan manfaat PeKa B40 adalah seperti dibawah:

  • Langkah 1: Semak kelayakan di laman sesawang PeKa40
  • Langkah 2: Jika andalayak, sila lawati klinik PeKa B40 berdekatan yang dikenalpasti melalui pelekat logo PeKa B40 dengan membawa MyKad.
  • Langkah 3: Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama kali di klinik.
  • Langkah 4: Lawatan kali kedua ialah untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Berikut adalah huraian kepada setiap manfaat:

Manfaat 1: Saringan Kesihatan

Setiap penerima perlulah menjalani ujian saringan kesihatan di mana-mana klinik yang berdaftar dengan PeKa B40.

Saringan kesihatan ini merangkumi:

  • Pengambilan sejarah kesihatan anda dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan.
  • Saringan kesihatan mental anda
  • Pemeriksaan fizikal menyeluruh
  • Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
    melalui ujian darah dan ujian air kencing

Saringan kesihatan ini boleh dibuat secara PERCUMA kecuali jika anda bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri.

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

Melalui manfaat ini, PeKa B40 menyediakan bantuan sehingga RM20,000 bagi membeli alat-alat perubatan seperti:

  • tent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Sekiranya penerima disahkan mengidap kanser pula, penerima bakal menerima bayaran RM1,000 bagi rawatan anda di hospital KKM.

Pembayaran akan dibuat secara ansuran dua kali ke akaun anda.

Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan

Dan menariknya di bawah program ini penerima akan menerima bantuan RM500 (Semenanjung) / RM1,000 (Sabah / Sarawak) bagi meringankan beban membayar kos perjalanan mendapatkan rawatan di hospital KKM.

Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.

Semak kelakayankan anda DISINI.

Maklumat Lanjut:

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: +603 8687 2500

Emel: [email protected]

Semoga bantuan ini dapat menolong anda di masa hadapan.

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Semak Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 2021” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!