Home » Bantuan » Jom Semak Bantuan Musim Tengkujuh Fasa 2 (Disember 2021)

Jom Semak Bantuan Musim Tengkujuh Fasa 2 (Disember 2021)

Untuk Makluman, Penyaluran BMT 2021 ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Apakah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA?

Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Jumlah Bantuan BMT RISDA 2021

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.

Baca juga: Bantuan RM300 Barangan Dapur Mengikut Negeri

Syarat Kelayakan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah
  5. Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Permohonan BMT 2021

Untuk permohonan, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Semakan online boleh dibuat melalui laman web http://bmt.risda.gov.my

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Anda perlu mengisi borang permohonan bersama dokumen berkaitan seperti berikut:

BAGI PEKEBUN KECIL PEMILIK

  • Kad pengenalan pemohon dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank

BAGI PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan kad PAT-G
  • Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank

Semakan Kelulusan BMT RISDA 2021

  1. Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
  2. Semakan online di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Tarikh Bayaran BMT 2021

Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2021 dan baki RM300 lagi pada Disember 2021.

Difahamkan setakat 2 Disember 2021, sudah ada yang telah menerima jumlah bayaran bantuan ini yang dikreditkan melalui bank masing-masing.

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Baca juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Disember 2021

Maklumat Lanjut

HOTLINE BMT RISDA 03-4256 4022

Penafian – Semua artikel kami share diatas sekadar panduan dan ringkasan artikel related dengan “Jom Semak Bantuan Musim Tengkujuh Fasa 2 (Disember 2021)” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!