Semak Bantuan BMT Yang Akan Dikreditkan Pada Bulan Ini : Bagi Fasa 2 Tahun 2023


Dalam usaha membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan diperkenalkan oleh kerajaan kepada rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Salah satunya ialah Bantuan Musim Tengjuh (BMT). Jom semak bantuan BMT Fasa 2 yang dikreditkan bulan ini.

BMT FASA 2


Pembayaran BMT Fasa 1 sebanyak RM300 telah dikreditkan kepada warganegara yang layak Januari lalu. Manakala, pembayaran Fasa 2 dan 3 akan dibuat pada bulan Februari dan Mac.

Mohon juga : Bantuan EFS Sebanyak RM1,000 Untuk Anak Yang Baru Lahir!

Jumlah bayaran bagi kedua-dua fasa ini ialah RM 300 Fasa 2 dan RM 200 Fasa 3.

SENARAI PENERIMA BMT 2023

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau tidak berada di bawah mana-mana agensi

  • Kad Pengenalan Pemohon asal dan salinan
  • Pemberian tanah asal dan salinan
  • Salinan akaun bank yang aktif terbuka

2) Pemohon menoreh bukan pemilik mesti menyertakan dokumen sokongan berikut

  • Kad Pengenalan Pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tanah
  • Salinan geran lot bernotari
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan slip pengaktifan Kad PAT-G atau Kad PAT-G yang sah
  • Surat pengesahan pemilik tanah/wakil yang diberi kuasa

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran BMT 2023 ini melibatkan peruntukan RM 9.7 juta dan memberi manfaat kepada 12,138 peneroka ladang di seluruh negara.

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak.

Justeru, bantuan kewangan ini diharap dapat meringankan beban peneroka getah yang terjejas pada musim tengkujuh.


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3