Home » Portal Rasmi » SELVAX: Senarai PPV ‘Walk-In’ Di Selangor / Lembah Klang Sehingga 13 Ogos

SELVAX: Senarai PPV ‘Walk-In’ Di Selangor / Lembah Klang Sehingga 13 Ogos

SENARAI PROGRAM VAKSIN SELANGOR KINI DIBUKA BAGI ‘WALK-IN’

Bagi memastikan seluruh rakyat di negeri Selangor menerima vaksin COVID-19 secepat mungkin & mencapai ‘herd immunity’, Kerajaan Negeri Selangor kini membuka Program Vaksin Selangor (SelVAX Komuniti) kini dibuka untuk pra-pendaftaran & ‘walk-in’.

Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang Program SELVAX dan cara membuat pendaftaran vaksin secara walk-in beserta senarai PPV yang terkini bagi program ini.

Apakah SELVAX?

Program Vaksin Selangor adalah satu usaha Kerajaan Selangor sebagai langkah sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.

Ia mengandungi program yang bertujuan mempercepatkan proses inokulasi di kalangan kumpulan sasar yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Selangor (Program Kerajaan Negeri) & program untuk melindungi ekonomi negeri Selangor yang menyumbang kepada hampir 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara (Program Industri).

Program Kerajaan Negeri akan diberi secara percuma kepada 250,000 orang yang masih belum menerima suntikan vaksin ini dan antara golongan yang terlibat adalah ahli Skim Peduli
Sihat & kumpulan B40.

Anda boleh menggunakan kod baucer tertera di infografik dibawah bagi mendapatkan vaksin di PPV berhampiran anda bermula pada tarikh 3-13 Ogos 2021.

Kelayakan Program SELVAX-KOMUNITI

Program Vaksin Selangor (Selvax) ada 2 kategori iaitu Selvax Komuniti & Selvax Industri.

Bagi anda yang ingin menyertai SELVAX-KOMUNITI, syarat kelayakan adalah seperti dibawah:

  • Warganegara & bukan warganegara yang menetap di Lembah Klang (WPKL, Selangor dan Negeri Sembilan)
  • Berusia 18 tahun ke atas sahaja
  • Belum lagi mendapat temujanji MySejahtera / PICK

Baca juga: Kemudahan-kemudahan Bagi Individu Yang Lengkap Vaksinasi

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Lokasi PPV Walk-In Selangor (SELVAX)

Lokasi / slot vaksinasi bermula 3-13 Ogos pada lokasi berikut:

BAGI WARGANEGARA:

  • Torpicana Gardens Mall, Kota Damansara
  • Evo Mall, Bandar Baru Bangi
  • Hotel De Palma, Shah Alam
  • Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya (3-9 Ogos sahaja)
  • Aurora Place, Bukit Jalil
  • Dewan Khas Komuniti (Sila rujuk laman web SELGATE atau aplikasi SELANGKAH)

BAGI BUKAN WARGANEGARA:

Slot vaksinasi bagi bukan warganegara akan dibuka mulai dari 10-13 Ogos 2021.

  • Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya
  • Tapak-tapak khas yang ditetapkan. Sila rujuk laman sosial SELGATE atau aplikasi SELANGKAH untuk pengumuman lokasi / kod baucar.

Baca juga: Cara Mohon Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)

Cara Pendaftaran

Anda boleh mendaftar di laman web SELANGKAH Vax (https://vax.selangkah.my).

  1. Sila muat turun Selangkah di Playstore / App Store
  2. Tekan pada butang Vax
  3. Sila tekan Temujanji > Semak Temujanji > Butang Ungu
  4. Boleh masukkan Kod Baucar
  5. Sila pilih Tarikh
  6. Slot anda telah dijadualkan. Sila hadir ke PPV dengan membawa kad pengenalan atau pasport anda.

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Selvax di http://vax.selangkah.my atau hubungi 1-800-22-6600 untuk pertanyaan.

Disclaimers – Bahan yang kami kongsikan diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “SELVAX: Senarai PPV ‘Walk-In’ Di Selangor / Lembah Klang Sehingga 13 Ogos” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!