Selepas lapan tahun menyepikan diri sebuah band alternativ/indie yang terkenal dengan lagu “Welcome to black parade” pada tahun 2006 iaitu My Chemical Romance semalam telah mengeluarkan lagu barunya yang bertajuk “The Foundation Of Decay”
“The Foundation Of Decay” adalah lagu terbaru selepas 2 tahun band tersebut membuat persembahan reunion mereka di Los Angeles, California.
Lagu terbaru mereka adalah hasil dari Doug McKean dan pemain gitar MCR iaitu Ray Toro. Baru sahaja satu hari lagu tersebut dikeluarkan di YouTube rasmi band mereka, lagu tersebut telah mendapat 1.7 juta tontonan dan 246 ribu like.
Pada kali terakhir band ini mengeluarkan lagu baru mereka pada tahun 2014 yang bertajuk “Fake Your Death,”
Maklumat tambahan, band My Chemical Romance telah ditubuhkan pada tahun 2001. Terdapat 4 orang ahli iaitu Gerard Way sebagai vokalis, Ray Toro pemain gitar utama , Mikey Way pemain gitar irama, dan Frank Iero pemain bass.