Selepas Aliff Syukri Dijangkiti Covid Stage 3 ,Kini Isterinya Pula Disahkan Positif.


Tular di media sosial tentang kesihatan usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang dikhabarkan telah dijangkiti Covid-19 setelah pulang melancong daripada Turki , yang mana hantaran daripada laman sosialnya itu mengundang persoalan ramai engenai kesahihannya kerana dianggap hanya gimik.

Dia yang terkenal sebagai founder yang penuh dengan kontroversi tidak hanya berdiam diri apabila Aliff akhirnya berkongsi salinan laporan perubatan daripada sebuah hospital di Damansara yang merawat dia.

Dan hari ini , muncul pula kenyataan bahawa isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut mengaku dia dijangkiti Covid-19 . Dia yang hanya menunggu keputusan ujian telah mendapat penegsahan daripada klinik yang terlibat dan telah disahkan positif namun anak-anak semuanya negatif dan sihat seperti biasa.

Memohon dirinya cepat sembuh dan akan dikuarantin dirumahnya dalam tempoh yang ditetapkan.

 

270150075_140362665054686_62753184607418034_n

Terdahulu, Aliff mengundang simpati dan keresahan ramai peminat dan para netizen apabila memaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19 tahap tiga selain memohon maaf kerana bimbang usianya tak panjang dan sakit teruk.

Namun ibunya iaitu bonda Rozita Ibrahim menegur anaknya itu yang dilabel sebagai ‘raja viral’ kerana telah menjaja tentang isu kesihatan bagi meraih simpati ramai.

“Mak geram dengan kau Kri (Syukri), memang Covid-19 tahap 3 tapi dah sembuh.

“Dok sana (hospital) seorang diri jangan bagi orang risau. Dah sembuh pun, tak payah nampak nazak sangat. Dah sihat pun post macam nazak,” katanya.

Jelas Bonda Rozita yang turut sama bersama keluaraga tersayang dalam percutian ke Turki pada 15 Disember lalu mengakui tidak bersetuju dengan perbuatan anaknya itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai orang dan telah menyebabkan dia dan menantunya mendapat panggilan dan wasup dari pelbagai pihak bagi megesahakan kesihatan Syukri.

 

Ibunya yang terus terusan memarahi Aliff dan tidak suka dengan tindakan anaknya itu kerana berkongsi masalah kesihatan seperti itu walhal sudah sihat dan tidakla terlalu nazak sehingga membuat hantaran di media sosial seperti itu.

Melalui maklumbalas daripada ibunya Aliff sepertinya membalas hantaran tersebut dengan memohon maaf kepada netizen kerana telah menimbulkan salah fahan dan kebimbangan melampu kepada semua orang.

NAmun mendapat komen daripada ibunya yang mengatakan agar Syukri tidak terlalu poyo dan jagan mencari masalah . Malah meminta agar Syukri memohon maaf kepadanya kerana suka memperbesarkan cerita.


Aliff dikatakan sudah sembuh tetapi masih meneruskan rawatan kerana terdapat jangkitan pada paru-parunya.

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Selepas Aliff Syukri Dijangkiti Covid Stage 3 ,Kini Isterinya Pula Disahkan Positif.” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia