Home » Portal Rasmi » Selangor Prihatin: Bantuan khairat kematian RM1000 akibat COVID-19 mulai 12 Julai

Selangor Prihatin: Bantuan khairat kematian RM1000 akibat COVID-19 mulai 12 Julai

Bantuan khairat kematian RM1000 akibat COVID-19 mulai 12 Julai 2021

Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian berjumlah RM1,000 kepada keluarga penduduk negeri ini yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19.

Pemberian bantuan itu selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Jun lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, sejumlah 1,500 keluarga bakal menerima manfaat dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

Portal Malaysia ingin berkongsi syarat & cara permohonan khairat kematian kepada anda.

Baca Juga: i-Citra KWSP : Permohonan Pengeluaran RM5,000. Mohon Sekarang!

Syarat-syarat Memohon

  1. Mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pemohon (waris terdekat) & juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Negeri Selangor & menetap di Negeri Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
  4. Meninggal dunia di negeri Selangor sahaja
  5. Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja
  6. Terhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahaja
  7. Bantuan ini terhad kepada 1,500 orang penerima sahaja

Baca Juga: Lupa Password (Kata Laluan) / ID i-Akaun KWSP : Cara Kemaskini

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dilaksanakan secara atas talian (online) di www.selangorprihatin.com bermula 12 Julai 2021.
  2. Waris harus melengkapkan borang permohonan secara atas talian.
  3. Waris perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Hubungi hotline 24 jam, 1-800-22-6600.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan artikel related dengan “Selangor Prihatin: Bantuan khairat kematian RM1000 akibat COVID-19 mulai 12 Julai” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!