Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT!


Selangor berjaya mengesahkan tempat mereka untuk mara ke final Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan secara agregat 3-2 mengatasi Terengganu untuk membuat perhitungan terakhir bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT! 1

Satu jaringan tunggal menerusi Tchetche Kipre tidak cukup untuk membawa Terengganu mara ke final biarpun mereka memenangi aksi pada separuh akhir kedua ini.


Selaku tuan rumah, Terengganu jelas mempamerkan aksi yang sangat baik dalam usaha mereka untuk kembali memadam kelebihan agregat gol yang dibawa oleh Selangor.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Karim Benzema Bakal Terlepas Semua Aksi Perlawanan!

Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT!

Terengganu terlebih dahulu memulakan aksi dengan memberi tekanan yang sangat tinggi buat pasukan pelawat dalam usaha untuk mendapatkan jaringan awal mereka.


Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT! 2
Selangor pula masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam permainan dengan lebih banyak bertahan untuk menyerap beberapa kali asakan pasukan tuan rumah.

Selepas lima minit perlawanan berlangsung, Selangor akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan baik untuk mendapat beberapa peluang terbuka bagi menguji Rahadiazli Rahalim.

Pasukan tuan rumah setakat ini masih lagi buntu untuk cuba mendapatkan gol penting mereka, setelah pertahanan pasukan pelawat jelas sangat berdisiplin menyerap asakan.


Tchetche Kipre hampir menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit ke-12, namun percubaan cantik beliau sedikit tinggi melewati gawang gol biarpun Rahadiazli sudah pun tewas.

Selang dua minit kemudian, giliran Selangor pula nyaris mendapat gol pertama mereka menerusi Herlison Caion sebelum bola sedikit tersasar ke tepi untuk terus merancakkan permainan.

Pasukan tuan rumah jelas meningkatkan tempo permainan mereka dengan lebih tinggi menerusi tekanan-tekanan yang diberi dari pelbagai arah untuk mendapatkan gol perlawanan.


Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT! 3
Kipre akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-35 untuk memberi jaringan pertama buat Terengganu hasil kelicikan Faisal Halim yang bijak memperdayakan pertahanan Selangor.

Bersambung di separuh masa kedua, Terengganu terus menggandakan asakan mereka untuk mencari gol kedua permainan sekali gus terus menghidupkan peluang mereka untuk melangkah ke final.

Skuad kendalian Cheng Hoe jelas tampil dengan sangat pasif ketika ini untuk mencipta serangan, setelah mereka lebih banyak bertahan untuk menyerap asakan tuan rumah.


Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain pda lewat permainan, selepas tindakan Yazan Al-Arab menarik Kipre telah memaksa pengadil untuk melayangkan kad kuning kedua dan sekali gus mengutip kad merah.

Keputusan perlawanan kekal tamat dengan Selangor akhirnya berjaya melangkah ke final menerusi bekalan gol yang dibawa sebelum itu untuk memadam jaringan tunggal Kipre di Gong Badak.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3