Home » Bantuan » Selangor Freelance: Jom Daftar Insentif Tunai RM400

Selangor Freelance: Jom Daftar Insentif Tunai RM400

Untuk Makluman dalam era pandemik COVID-19, ekonomi gig telah muncul sebagai peluang baru pekerjaan yang terbina dari pasaran yang membangun dalam segmen digital. Maka inisiatif Selangor Freelance telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri dengan menawarkan 5,000 sesi latihan dan kemahiran untuk warga Selangor menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital.

Apakah Selangor Freelance?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

  • Program ini merupakan kerjasama antara platform padanan kerja Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.
  • Dilancarkan pada 28 Oktober lalu, peserta Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.
  • Inisiatif ini mampu memberi manfaat kepada warga Selangor serta berpeluang menjana pendapatan menerusi program pengupayaan yang holistik.
  • Peserta Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.
  • Mereka juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut selain berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.
  • Selangor Freelance disenaraikan bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC)

Syarat Kelayakan

  • Berusia 18 tahun ke atas sahaja
  • Tinggal di Selangor
  • Individu yang sudah bekerja atau belum boleh membuat permohonan ini.

Cara Daftar Selangor Freelance

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui http://selangor.workana.com.

Anda hanya perlu mengisi butiran maklumat dalam borang online seperti di bawah:

Baca juga: Semakan GKP 4.0 : Permohonan & Bayaran Geran Khas Prihatin

Bagaimana Mendapat Insentif RM400?

Berikut adalah prosedur & tatacara menyertai Selangor Freelance

  1. Sila daftar di laman web https://selangor.workana.com/
  2. Menjalani sesi latihan selama 2 hari (Latihan termasuk pendedahan sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana)
  3. Selesai proses latihan, peserta berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.
  4. Peserta juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut.

Baca juga: MySTEP 2022 : Tawaran Kerja Kontrak Bagi Pengganggur Dalam Bajet 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://selangor.workana.com/ atau www.platselangor.com segera.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Selangor Freelance: Jom Daftar Insentif Tunai RM400” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes