Selangor FC Longlai Di Laman Sendiri!


Liga Super Malaysia. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.


Terus Gagal Cipta Kemenangan

Terengganu FC ternyata terlalu sukar untuk diatasi Selangor FC susulan skuad Gergasi Merah itu tewas 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Tewas di laman sendiri itu menyaksikan tiga tahun Selangor gagal mendapatkan kemenangan ke atas Terengganu sementara menyaksikan kekalahan pertama buat Nidzam Jamil selaku pengendali sementara Selangor.

Selangor terlebih dahulu mencetus peluang pada minit keempat menerusi Mukhairi Ajmal Mahadi namun percubaan pemain tengah itu sekadar menggegar tiang.


Pada ketika Selangor dan Terengganu saling berusaha mendapatkan jaringan, pemain Terengganu, Habib Haroon berjaya membuka tirai jaringan buat pelawat pada minit ke-13 menewaskan penjaga gol, Samuel Somerville.

Terengganu mengukuhkan kedudukan susulan Manuel Ott berjaya menampan masuk bola hantaran Faisal Halim pada minit ke-39.

Selangor cuba bangkit memburu jaringan pada babak kedua, namun beberapa gerakan dan percubaan yang dilakukan mereka tidak membuahkan hasil.


Pemain gantian, Shahrel Fikri Fauzi, berjaya meledak gol buat Selangor pada minit ke-87, namun jaringan itu dibatalkan selepas dia berada dalam keadaan ofsaid dan kedudukan 2-0 memihak Terengganu hingga tamat perlawanan.

Kekalahan di laman sendiri itu menyaksikan Selangor menghuni kedudukan kesembilan dengan 16 mata sementara Terengganu di tempat keempat dengan 26 mata.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3