Biasalah anak kedua ni memang banyak perangai yang akan membuatkan kita marah dan kadang-kadang naik angin. Sebenarnya anak kedua ini mempunyai perwatakan yang sangat kuat dan mereka juga berazam untuk bekerja keras apabila mahukan sesuatu.
Tidak dinafikan dengan personaliti mereka, kadangkala ramai yang beranggapan anak kedua itu degil. Sebenarnya mereka tidak degil dan kita sebagai ibu bapa haruslah cuba untuk memahami mereka.
Menurut penulisan daripada En Mohd Fhais Salim, amat mudah ibu bapa untuk trigger dengan perangai anak kedua. Sebab mereka kadang-kadang keras kepala dan ada sahaja jawapan kalau ditegur. Ikuti penjelasan pengarang keibubapaan ini untuk maklumat lanjut.
Personaliti Anak Kedua
Kadang-kadang mudah untuk salah faham dengan anak kedua ini. Dari luaran, kita mudah trigger dengan perangainya. Dia bukannya degil, tetapi..
Memang susunan kelahiran anak kedua ini membuatkan dia bersikap sedikit,
– keras kepala
– kuat bentak
– suka melawan
– sukar ditegah
– pentingkan diri
Tetapi itu tidak bermakna dia degil. Jangan salah faham. Perkara sebenar adalah perwatakan anak kedua ini, dia tidak degil tetapi dia mempunyai perwatakan yang,
– berdaya saing
– keazaman yang tinggi
– suka menang
– benci kalah
– kuat gaduh
– tidak suka diarah
Baca Juga : Wanita gigit lidah Per*** dan bagi polis sebagai bukti
Banyak Hikmah
Macam degil, tapi tidak pun. Tidak dinafikan, budak ini membuat kami paling mengucap & menguji kesabaran kami. Sentiasa berdoa agar diberi kekuatan, hanya Allah tempat bergantung. Sungguh!
Nak didik anak ni, bukan saja kena sabar, tapi kena kuat iman. Saya yakin, di sebalik kedegilan anak-anak kita terselit hikmah besar yang akan menguntungkan kita kelak. insyaAllah..
Orang kata anak kedua ni degil, anak paling setia dan paling ingat ibu bapa.
Wallahu A’lam.
Akhir Kata
Bila dah baca tulisan daripada En Fhais ini baru kita dapat gambaran macam mana perangai anak kedua ni. Mungkin selepas ini lebih mudah untuk kita mengendalikannya. Tidak perlu menggunakan kekerasan kerana anak kedua sebenarnya mempunyai sisi lembut yang mudah disentuh.
Jika ibu bapa bijak menggunakan permainan psikologi dan emosi, pasti hati mereka akan ‘terdetik’ dengan teguran yang kita berikan.
Semoga Bermanfaat.