Kuala Lumpur: Pelakon baharu dikenali Raden Zaharatul, 23, menyifatkan dia bukan seorang wanita yang seksi berikutan masih lagi ada ‘limit’ dalam cara pemakaiannya dan gelaran itu (seksi) adalah subjektif.
Raden atau nama sebenarnya Raden Zaharatul Maisarah Afzzal Reehan berkata, dia juga tidak membuat perkongsian sewenang-wenangnya di Instagram seperti memakai bikini yang boleh dikecam netizen.
Baca juga : Cara Semakan BKM Status Bayaran Fasa 4 (Disember 2022) ~ Semak Kelayakan Anda Disini Sekarang !
Mohon juga : Kerajaan Setuju Beri Bantuan Khas Kewangan RM700 ‘one-off’: Ini Adalah Tarikh Pembayarannya ~ Semak Sini !!
Semak juga : Bantuan Barang Dapur RM300 Untuk Semua Rakyat | Mohon Sekarang!
“Bagi saya, apa yang dipakai bukan lagi pada tahap seksi yang melampau. Tapi, mungkin bagi orang lain, pakai atas lutut baru nampak seksi, malah betis pun nampak seksi. Jadi, itu pendapat masing-masing.
Terdahulu, Raden yang juga juara wanita program Fit For Action di TV3 menghadiri sesi fotografi yang diatur bersamanya di The New Straits Times Press (NSTP) Bangsar Studio, semalam.
Raden yang kini muncul sebagai srikandi dalam drama My Mister Blind Date untuk slot Akasia TV3 berkata, dia sangat teruja kini berpeluang menjadi pelakon utama.
“Saya mula berlakon kira-kira empat tahun lalu sebagai pelakon tambahan. Kemudian, saya menjadi pelakon sokongan dan ketika itu, terdetik di hati apabila saya akan mendapat peluang memegang watak utama.
“Alhamdulillah, kini saya boleh berlakon dalam drama My Mister Blind Date arahan Idora Abdul Rahman dan bergandingan dengan pelakon Hafidz Roshdi sebagai hero,” katanya.
Turut mengulas tentang keseronokan berlakon bersama Hafidz yang berstatus ‘suami’, Raden berkata, dia selesa berbincang dengan rakan pelakon dan pengarah.
“Saya dimaklumkan Hafidz merupakan seorang pelakon yang berwatak warak, jadi saya amat menghormatinya. Justeru, kami akan sentiasa berbincang di set untuk melancarkan penggambaran sebanyak 28 episod,” katanya.
Raden yang sangat meminati kerjaya seni setakat ini membintangi beberapa drama seperti Ajak Oh Ijal, Cik Sempurna, Kisah Cinta Rumi, Siapa Ramie, Suutan Hari One Ketika, Inspektor Babyface dan Kerana Cinta Itu Ada.