Home » Isu Semasa » Sebuah Resort 5 Bintang Di Langkawi Ditutup Sementara Akibat Penularan Dikalangan Pekerja

Sebuah Resort 5 Bintang Di Langkawi Ditutup Sementara Akibat Penularan Dikalangan Pekerja

Sebuah resort lima bintang di Langkawi mengambil langkah awal dalam mencegah penularan kes Covid-19 dikalangan pekerjanya. Penutup itu bermula hari isnin ini dan mengambil masa 10 hari untuk tamat.

The Datai Resort Langkawi dalam satu kenyataan di laman rasmi mereka pada hari ini memaklumkan, terdapat 16 kes positif dalam saringan berkala secara rawak yang dilakukan kepada pekerja resort tersebut. Tambahnya lagi, pekerja yang didapati positif covid-19 akan diasingkan bagi menjalani kuarantin.

“Kami telah mengambil langkah untuk mengesan kontak rapat, dan mendapati ada kes positif turut dikesan menyebabkan protokol kuarantin diaktifkan oleh pihak pengurusan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut mengatakan, itu keselamatan pengunjung selain mereka menutup premis dan operasi mereka. Sanitasi menyeluruh akan dilakukan terhadap premis tersebut mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka juga memohon maaf maaf kepada pengunjung yang terjejas akibat dari penutupan tersebut.

“Pengunjung yang telah membuat tempahan akan dihubungi dengan kadar segera dan diberi pilihan sama ada membuat pertukaran tarikh atau pembatalan secara percuma tanpa sebarang penalti dikenakan,” katanya.

Penafian – Semua artikel admin kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Sebuah Resort 5 Bintang Di Langkawi Ditutup Sementara Akibat Penularan Dikalangan Pekerja” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes