“Saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” – Adira


Penyanyi jelita , Adira Suhaimi kini yang sudah sarat hamil tujuh bulan mengakui bahawa dirinya sudah tidak mahu mengandung lagi selepas melahirkan cahaya mata keempatnya selepas ini .

Melalui penjelasan daripada Adira , dia dijangka bakal melahirkan bayinya itu pada hujung September atau awal bulan Oktober depan dan sudah merasakan jika dikurniakan dua pasang cahaya mata.

Adira menjelaskan bahawa dia dan suami sudah bersepakat degan keputusan yang dibuatnya kerana memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas dengan anak -anak yang semakin membesar.


“Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya.Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin”.

“Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan”.

“Sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah..Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya,” selorahnya lagi.

 

 

Berkongsi tentang pengalaman kehamilan bagi anak bongsunya itu, dia mengakui dirinya sudah terbiasa dan tidak mengalami alahan atau kepenatan yang teruk sejak dari awal kehamilan berlaku.

“Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan. Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG). Kali ini, saya aktif dan agak lasak,” katanya yang sedang sibuk dengan perniagaan yang diusahakannya.

Nak Anak Lelaki

Malah Adira juga berkongsi rasa teruja jika anak yang dilahirkan itu lelaki agar anak lelakinya berpasangan dan ada kawan untuk bemain dan berkongsi aktiviti yang sama.

Namun Adira tetapi menerima dengan hati yang terbuka tentang jantina anaknya asalkan anaknya itu dilahirkan sempurna dan sihat sejahtera seperti anak- anaknya yang lain.

“Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata. Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” ceritanya.

Adira dan pasangannya ,Datuk Seri Adnan Abu telah menikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. dan pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

BACA : Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol , Geli Dipanggil Sahabat

Penafian – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan ““Saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” – Adira” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.