“Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu, ” – Ayda Jebat


Selebriti serba boleh yang pernah menjadi peserta Akademi Fantasia , Ayda Jebat kini kembali aktif dalam bidang yang diceburinya namun mendapat khabar buruk diawal kemunculannya itu.


Melalui sebuah program terkenal , Melodi di TV3, Ayda telah menjawab pertanyaan wartawan berhubung namanya yang diburukkan seorang artis wanita yang dengan sengaja mempersoalkan kejayaan Ayda dalam industri seni sehingga kini.

Dalam temubual berkenaan , Ayda menyatakan bahawa artis terbabit tidak perlu untuk menjatuhkan orang lain atau mempunyai sifat dengki dengan kejayaan orang lain malah patut dijadikan sebagai inspirasi untuk lebih berjaya .

Ibu kepada seorang anak itu mengakui dirinya tidak mahu mengambil tahu dan tidak kisah tentang siapakah gerangan pelakon wanita meningkat naik dengan memburukkan namanya kepada individu lain.


BACA INI : “Saya pun dah jadi keliru , saya ni apa sebenarnya, ” – Remy Ishak

Namun dia berharap agar individu tersebut bersikap lebih profesional dan tampil bersemuka dengannya jika terdapat kesalahfaman antara mereka bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ayda juga tidak mahu memperbesarkan isu tersebut dan menjatuhkan air muka artis tersebut kerana dia lebih faham tentang asam garam indsutri seni.


“Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Bagi saya, kalau tak puas hati cakap depan-depan.”

“Mungkin dia tiada niat nak bercerita, tapi bila bercakap dengan rakan-rakan artis menyebabkan perkara ini tersebar dan mengeruhkan lagi keadaan.”

Ayda mengakui dirinya lebih senang bersama keluarga daripada bersama rakan – rakan artis yang terkadang hanya boleh mengundang fitnah dan berita buruk tentangnya.


“Sebenarnya daripada dulu lagi saya kurang disenangi oleh segelintir artis dan tidak menjadi masalah untuk saya.”

“Salah satu sebab saya tak ramai kawan artis pun sebab perkara sebegini. Bila depan suka, tapi di belakang dia buruk-burukan orang lain,” katanya lagi.

Malah Ayda sempat bercerita bahawa dirinya pernah mengalami situasi tersebut dan pernah disenarai hitamkan sehingga menyekat kerjayanya sebagai artis baru.


“Saya hanya berkawan dengan artis bila berkaitan kerja saja. Tiada yang saya keluar lepak makan bersama-sama. Kalau ada pun betul-betul ikhlas dan baik.

“Saya pernah dihubungi penerbit dan pengarah yang memaklumkan nama saya disenarai hitam tanpa usul periksa.”

“Bila saya dapat tahu rupanya ada pelakon yang burukkan nama saya sehingga saya berjumpa dengan pelakon itu. Perkara sebegini bukan sekali dua berlaku,” katanya.


Ayda kelmarin baru saja melancarkan single baharu yang berjudul “Kitalah Juara” sempena sambutan Hari Malaysia semalam yang mana lagu Kitalah Juara dinyanyikan oleh empat penyanyi berbilang kaum iaitu Ayda, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan.

“Lagu ini adalah hasil ciptaan saya. Diharapkan lagu ini dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju pencapaian tertinggi sebagai sebuah negara harmoni,” katanya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3