“Saya pun dah jadi keliru , saya ni apa sebenarnya, ” – Remy Ishak


Pelakon kacak dan berbakat , Remy Ishak baru – baru ini telah mengakui dirinya sudah ‘hilang’ dan perlu berehat dari dunia lakonan buat sementara waktu akibat daripada tekanan dan bebanan yang sentiasa berterusan sehingga tidak mempunyai masa bersendirian.

Melalui satu perkongsian di media sosial miliknya , Remey menceritakan bahawa dirmnya pernah merasa keliru dengan kehidupannya kini dan mengambil keputusan untuk menghabiskan masa bersama isteri tercinta.


“Buat masa sekarang saya berehat dari dunia lakonan sebab dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ni apa sebenarnya.”

“Saya dah lupa hobi saya, lupa apa yang saya suka buat. Rasa hilang sebab pegang macam-macam watak. Rasa diri sendiri hilang sebab jadi orang lain.”

“Sekarang saya rehat kejap, jadi diri sendiri. Orang kata tempoh meditasi. Sebelum ini saya macam berlakon back to back jadi saya rasa macam tak kenal diri sendiri.”


Melihat kepada penampilan Remy yang berambut panjang kini , netizen turut bertanyakan tentang perkara tersebut dan diberitahu bahawa Remy baru sahaja habis selesai menjalani penggambaran sebuah filem namun tidak menyatakan tajuk filem berkenaan.

BACA INI : Elfira Loy Terpaksa Dikejarkan Ke HOspital Untuk Rawatan Segera

“Abang Remy baru je selesai penggambaran filem sebab tu rambut dia panjang macam ni.”


Jenis Melayan

Netizen juga turut terhibur apabila Remy bersahaja melayani isterinya untuk mempromosikan produk keluaran isterinya yang sedang dijual di TIk TOk.

 

 

Pasangan itu menjadi perhatian ramai kerana keletah mereka begitu mesra dan selamba melayan peminat yang menonton live mereka di Tik Tok sehingga mendapat tontonan yang ramai setiap kali live.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3