“Saya Lawan!” – Ada Individu Cuba Jatuhkan Maruah, Cikgu Zack Kirana Buat Laporan Polis

Seoarang Guru selebriti, Cikgu Zack Kirana Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa telah menjatuhkan maruahnya. Menurut Cikgu Zack, individu itu juga telah menghina dan mencercanya dengan kata-kata kesat di laman sosial.
“Netizen tersebut juga cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu,” jelasnya menerusi hantaran di instagramnya.
“Saya Lawan!” - Ada Individu Cuba Jatuhkan Maruah, Cikgu Zack Kirana Buat Laporan Polis 4

Cikgu Zack Kirana Ibrahim telah buat laporan

 Cikgu Zack lagi telah melaporkamn segalanya kepada pihak polis dan berharap tindakan selanjutnya dihukum.
“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan.
“Saya tidak akan berdiam diri. Saya antibuli, lebih-lebih lagi buli siber. MALAYSIA ada undang-undang. SAYA LAWAN!” tulisnya.
Baru-baru ini, Cikgu Kirana sebelum itu menjadi tular selepas menegur kesalahan tatabahasa dalam lirik lagu popular, Casablanca.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3