“Saya Juga Mangsa Keadaan , ” – Noraniza Idris Jelaskan Isu Tentang Skim Rumahku Syurgaku


Penyanyi tradisional popular , Noraniza Idris tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut yang melanda projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) anjuran pihak pemaju MRF Consultant (M) Sdn. Bhd.

Projek tersebut disahkan sebagai scammer apabila hanya menawarkan wang bayaran sebanyak Rm10 kepada pembeli dan sudah menjadi kes polis .

Noraniza Idris atau lebih mesra disapa Kak Ani mengakui dirinya tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek terbabit kerana tiada sebarang perjanjian hitam putih antara pihaknya dengan syarikat pemaju tersebut.

Tiada Perjanjian


Malah dia menyatakan dirinya hanya menerima pelawaan secara lisan dan hanya ingin beramal sekaligus dapat membantu orang ramai agar dapat memiliki rumah idaman melalui projek tersebut.

“Seingat saya, perkenalan kami adalah sekitar Ramadan lalu di sebuah majlis berbuka puasa. Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dari NIPV Management Sdn Bhd dengan individu daripada syarikat itu yang berminat untuk mempelawa saya untuk menjadi duta program kebajikan.”

"Saya Juga Mangsa Keadaan , " - Noraniza Idris Jelaskan Isu Tentang Skim Rumahku Syurgaku 1

“Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan itu secara lisan memandangkan saya sekian lama aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Hasrat saya cuma nak tolong rakan-rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan tiada rumah,”katanya.

Noraniza ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Royal Chulan merasa terkilan kerana hasratnya untuk membantu orang ramai mendapat krtikan hebat daripada netizen.

Malah mengakui dirinya sebagai mangsa keadaan kerana perkenalan tersebut dibuat oleh rakan kongsinya dan terdapat beberapa artis terkenal juga terbabit dalam isu tersebut.

Tidak hanya mendiam diri , Kak Ani sudah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan namun tidak mendapat sebarang maklumbalas tetapi digugurkan daripada menjadi duta kepada projek tersebut.

"Saya Juga Mangsa Keadaan , " - Noraniza Idris Jelaskan Isu Tentang Skim Rumahku Syurgaku 2

“Selepas isu ini tular, saya yang berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju itu bagaimanapun ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut,”jelasnya lagi.

BACA INI : Fesyen Masya Masyitah Dikritik Kerana Keterlaluan

Noraniza Idris juga turut tampil memberikan peringatan kepada rakan yang mahu bekerjasama dengan sebarang projek haruslah mendapatkan maklumat terperinci mengenai skim tersebut agar tidak menjadi masalah seperti ini.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3