“Saya Isteri Tak Sempurna” – Kongsi Video Menangis Teresak-Esak Di IG , Datin Alyah Buat Peminat Risau

Penyanyi bersuara merdu , Datin Alyah  semalam telah mengejutkan dan mendapat perhatian daripada netizen apabila dia tampil menangis teresak-esak di beberapa hantaran di Instagram miliknya hingga kini.

Namun apabila dikenalpasti mengapa dia menangis , rupanya hanya sekadar menghayati lagu yang didengar dan melepaskan apa yang terpendam di hati.

Mengakui tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh peminat diluar sana tentang hidupnya kerana dia bahagia dengan hidupnya kini dan selesa dengan keadaannya itu.

Cabaran 


Alyah juga menjelaskan bahawa video tangisan itu hanyalah sebagai ‘panggilan’ buat peminatnya untuk melakukan cabaran yang dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’.

Malah cabaran itu menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak Rm300 jika cabaran itu dimenangi dan ianya haruslah dilakukan seikhlas mungkin bagi menyempurnakan cabaran tersebut.

“Saya Isteri Tak Sempurna” - Kongsi Video Menangis Teresak-Esak Di IG , Datin Alyah Buat Peminat Risau 1

“Saya ada anjurkan satu cabaran dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’ bersempena dengan single terbarun berjudul Cinta Sahabiyah. Dalam cabaran tersebut, peminat perlu merakam video sedang menangis dengan berlatar belakangkan lagu itu.”

Menjengah leruangan komen [ada video tersebut , ternyata begitu ramai yang merasa sedih dan hiba dengan tangisan yang dikongsi Datin Alyah dan ianya sampai ke hati peminat.

Rata – rata mereka menitipkan pesan semoga berbahagia selalu malah ada yang sempat memuji kecantikkan Alyah walaupun sedang menangis sayu begitu.

BACA : “Tolong Hormati Wanita” – Netizen Kecam Dato Rosyam Nor Atas Tindakannya

Alyah juga berkongsi bahawa lirik lagu yang ditulisnya itu mempunyai maksud yang sungguh mendalam sehingga menyentuh hatinya dan juga orang yang mendengarnya.

“Saya Isteri Tak Sempurna” - Kongsi Video Menangis Teresak-Esak Di IG , Datin Alyah Buat Peminat Risau 2

“Lirik Cinta Sahabiyah ditulis sendiri. Lagu ini ditujukan kepada para isteri termasuk diri sendiri untuk belajar jadi lebih sempurna.Saya bukanlah isteri yang sempurna, tapi belajar untuk jadi yang lebih baik.”

LAgu tersebut merupakan ciptaan bersama komposer Omar K dan diilhamkan oleh Alyah selepas membaca kisa-kisah sahabat perempuan atau para muslimah pada zaman Nabi Muhammad S.A. dan menyentuh hatinya..


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3