Mohon Saringan Kesihatan Pekerja Secara Percuma Di PERKESO Mulai 1 Jun 2022


Jom Mohon! Sejajar dengan usaha memperkasakan promosi kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, PERKESO telah melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP).


Jenis Penyakit Yang Di Saring

Program Saringan Kesihatan PERKESO adalah pemeriksaan kesihatan percuma yang diberikan kepada Orang Berinsuran PERKESO bagi mengenalpasti kumpulan yang berisiko Penyakit Tidak Berjangkit.Antara penyakit tidak berjangkit yang disaring di bawah program ini adalah :

Saringan kesihatan dijalankan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) seperti :

  • Darah tinggi,
  • Diabetes,
  • Penyakit jantung
  • Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi
  • Saringan tambahan untuk wanita pula disediakan untuk mengesan barah payudara dan barah pangkal rahim.

Jenis saringan yang disediakan untuk pekerja yang layak adalah :


  • Saringan kesihatan Standard untuk lelaki dan wanita
  • Saringan Kesinatan tambahan pemeriksaan mamogram bagi wanita

Tarikh Mula

Pelaksanaan Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP) bermula pada 1 Jun 2022.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan kelayakan untuk memohon Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP) :

  • Warganegara Malaysia
  • Aktif mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Terbuka juga kepada pencarum berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko kesihatan NCD

Baca Juga: Bantuan Sihat Selangor Mohon Secara Online


Cara Semak Kelayakan

Bagi pekerja yang ingin menyemak kelayakan dan membuat saringan kesihatan di bawah HSP, pekerja perlu memuat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform :

Maklumat Lanjut

Boleh layari https://sehati.perkeso.gov.my




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3