Sama Hebat Menjadi Punca Perlawanan Seri!


Man City, Liverpool Hanya Jarak 1 Mata! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Manchester City dan Liverpool terikat 2-2 dalam pertembungan yang mendebarkan untuk merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad malam tadi.

Sama Hebat Menjadi Punca Perlawanan Seri! 2

Keputusan malam ini menyaksikan pasukan Pep Guardiola itu hanya berkelebihan satu mata sahaja dihadapan Liverpool dalam carta liga dengan baki tujuh perlawanan lagi untuk musim ini.

Permulaan permainan sangat mendebarkan dengan Raheem Sterling sepatutnya membuka jaringan pada minit ke-5 namun rembatan dari jarak dekat beliau berjaya dihalang oleh penjaga gawang Liverpool, Allison Becker.

Sama Hebat Menjadi Punca Perlawanan Seri! 3

Selang seminit kemudian, De Bruyne berjaya melepasi Fabinho dan menjaringkan gol hasil dari rembatan jarak jauh yang terbias dari Joel Matip dan akhirnya menembusi gawang gol seterusnya meletakkan City dihadapan.

Sama Hebat Menjadi Punca Perlawanan Seri! 4

Namun selepas minit ke-13, Liverpool berjaya bangkit menerusi serangan dari pertahanan kanan, Trent Alexander Arnold yang berjaya melakukan hantaran silang kepada Diogo Jota lalu merembat bola terus ke dalam gawang gol City.

Selepas itu pada minit ke-22, Ederson nyaris melakukan kecuaian yang boleh memberikan gol kepada pihak lawan apabila hantaran belakang dari pertahanan tidak dikawal kemas oleh beliau namun Ederson sempat mengeluarkan bola dari garisan gol.

Sama Hebat Menjadi Punca Perlawanan Seri! 5

City meneruskan asakan dan menguasai permainan dan hasilnya pada minit ke-37 gol berjaya dihasilkan menerusi Gabriel Jesus yang bijak keluar dari perangkap offside dan menerima bola dari hantaran silang Joao Cancelo seterusnya meletakkan City sekali lagi dihadapan.

Sejurus sebelum masa rehat, Jota diberikan peluang untuk menjaringkan gol namun dinafikan oleh Aymeric Laporte yang ampuh melakukan cabaran untuk mengelakkan jaringan terikat semula.

Sama Hebat Menjadi Punca Perlawanan Seri! 6

Pada separuh masa kedua, dalam masa 48 saat setelah permainan dimulakan Liverpool memperoleh gol penyamaan apabila lorongan lambung bola dari Mohamed Salah berjaya diambil oleh Mane seterusnya menjaringkan gol kedua untuk pasukan “Merseyside” itu.

Selepas itu, City terus menguasi permainan dan pada minit ke-62 Sterling melakukan larian bijak menewaskan pertahanan Liverpool dan memperoleh gol ketiga namun gol itu dibatalkan setelah pengadil menyatakan offside menerusi semakan VAR.

Sama Hebat Menjadi Punca Perlawanan Seri! 7

Pemain gantian Riyad Mahrez mempunyai peluang keemasan pada saat akhir namun percubaannya mengakibatkan bola melambung tinggi melepasi gawang gol Liverpool. Perlawanan tamat berkesudahan dengan seri.

Keputusan perlawanan ini mengulangi jaringan pada bulan Oktober lepas di Anfield apabila kedua dua pasukan ini terikat dan ini merupakan kali pertama City menjaringkan gol pertama namun tidak menang dalam perlawanan di Liga Perdana.

Sama Hebat Menjadi Punca Perlawanan Seri! 8

Kedua dua pasukan akan bertemu semula Sabtu depan didalam saingan separuh akhir Piala FA.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3