Salah Kecewa, Mane Bangga!


Sadio Mane 2 – 0 Mohamed Salah.  Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Senegal menewaskan Mesir dalam sepakan penalti selepas mendominasi perlawanan yang mendebarkan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Qatar. Walaupun perlawanan seri dengan aggregat 1-1, Senegal berjaya meloloskan diri melalui penalti pada saingan CAF playoff.

Salah Kecewa, Mane Bangga! 2

Mesir membawa bekalan 1 gol dari perlawanan playoff pertama tetapi gol itu tidak bertahan lama apabila seawal minit ke 4 pemain Mesir, Hamdi Fathi menjaringkan gol sendiri selepas Senegal melakukan serangan melalui sepakan penjuru dan pertahanan Mesir gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Perlawanan yang berlangsung di Diamniadio Olimpik Stadium, Dakar itu dibanjiri penyokong Senegal seramai 50,000 orang. Tuan rumah menampilkan aksi yang cemerlang dan mendominasi perlawanan tersebut namun tiada tambahan gol sehingga wisel separuh masa pertama ditiupkan.

Salah Kecewa, Mane Bangga! 3

Separuh masa kedua menyaksikan Senegal masih mendominasi perlawanan walaupun aksi sering kali diganggu dengan banyak faul yang membuatkan perlawanan terhenti seketika. Perkara itu tidak membantu kedua dua jurulatih apabila jurulatih banyak menjerit di tepi padang kepada pengadil atas faul yang dilakukan pemain.

Salah Kecewa, Mane Bangga! 4

Mesir melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Zizo yang mempunyai dua peluang terbaik untuk memberi pasukannya pendahuluan selepas dimasukkan pada minit ke 70 namun penyerang Zamalek itu gagal menyudahkan peluang. Peluang yang disia siakan itu memaksa perlawan diheret ke masa tambahan.

Selepas itu, giliran Senegal pula mensia siakan peluang apabila Ismaila Sarr gagal menewaskan penjaga gol Mesir, Mohammed El Shenawy apabila sepakan lencong beliau melencong jauh dari gawang gol. Sarr sekali lagi gagal menjaringkan gol apabila hantaran silang Sadio Mane kepadanya disudahi dengan sepakan tepat ke arah El Shenawy walaupun gawang gol terbuka luas.

Salah Kecewa, Mane Bangga! 5

Senegal terus mendominasi perlawanan namun tiada gol yang berjaya dicipta seterusnya membawa ke penentuan sepakan penalti. Dalam sepakan penalti, empat sepakan penalti awal gagal menghasilkan gol sebelum Sarr meletakkan Senegal di depan dan Bamba Dieng menjadikan skor penalti 2 berbalas 1 sebelum Eduoard Mendy menyelamatkan sepakan dari Mostafa Mohamed. Mane menjadi wira apabila berjaya menyudahkan penalti penentu seterusnya membawa Senegal ke Piala Dunia untuk kali ketiga dalam sejarah negaranya.

Salah Kecewa, Mane Bangga! 6

“Saya tidak risau bagaimana mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam perlawanan ini. Kita mempunyai pemain yang telah memenangi piala Liga Juara Juara Eropah.” ujar jurulatih Senegal, Cisse. Rakan sepasukan Mane, Mohammed Salah gagal menjaringkan gol pada pembukaan sepakan penalti untuk Mesir dalam perlawanan ini dan menjadi duka kedua setelah kalah dalam penentuan sepakan penalti pada final Piala Negara Afrika lepas yang menyaksikan Senegal menjadi juara dalam penentuan sepakan penalti dramatik.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3