Sah Enrique Tinggalkan Sepanyol!

Luis Enrique rasminya telah letak jawatan sebagai pengurus pasukan Sepanyol berkuat kuasa serta merta.

Sah Enrique Tinggalkan Sepanyol! 7
Keputusan itu dibuat selepas satu perbincangan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dengan Luis Enrique melalui post mortem selepas Piala Dunia 2022.

Sepanyol sekali lagi melalui kempen Piala Dunia yang menyakitkan. Mereka kalah di tangan Jepun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan kemudian disingkirkan Maghribi di peringkat 16 akhir.

Sila Baca Disini : Karier Ronaldo Sudah Suram?

Sah Enrique Tinggalkan Sepanyol!

Beberapa hari lalu, Enrique menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan RFEF tentang isu berkaitan masa depannya.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa beliau mungkin atau dipecat atau beliau sendiri melepaskan jawatan.

Ini kerana menurutnya, walaupun beliau mahu kekal sebagai pengurus Sepanyol untuk seluruh hayatnya, namun beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk pasukan kebangsaan ketika ini.

Sah Enrique Tinggalkan Sepanyol! 8
Selepas perbincangan dengan RFEF, akhirnya satu keputusan dicapai. Luis Enrique dilaporkan telah letak jawatan sebagai pengurus Sepanyol. Luis melepaskan jawatan itu dengan serta merta.

RFEF dalam kenyataan rasmi berkata:
RFEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis Enrique di atas kerjanya yang bertanggungjawab dalam pasukan kebangsaan.

RFEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis Enrique dan seluruh kakitangan kejurulatihannya yang menerajui pasukan kebangsaan sepenuhnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengurusan sukan RFEF telah menyerahkan laporan kepada presiden, untuk menentukan bahawa projek baru harus dimulakan untuk Pasukan Bola Sepak Sepanyol, dengan tujuan meneruskan pertumbuhan yang dicapai dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil kerja keras yang dijalankan oleh Luis Enrique dan rakan sekerja mereka.

Kedua-dua presiden, Luis Rubiales, dan pengarah sukan, José Francisco Molina, telah menghantar keputusan itu kepada jurulatih.

Sah Enrique Tinggalkan Sepanyol! 9
Jurulatih Asturian itu berjaya memberikan motivasi baharu kepada pasukan kebangsaan sejak ketibaannya, pada 2018, melalui pengubahsuaian yang mendalam yang telah menggabungkan generasi dengan kuat dalam pasukan dan dalam bola sepak Sepanyol.

Luis Enrique membantu pasukan layak ke dua separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah, dan dia membantu pasukan mara ke separuh akhir Euro 2020 dengan caranya tersendiri dan melalui gaya yang jelas.

Beliau memilih bakat muda dan mempunyai harapan tersendiri untuk masa depan pasukan Sepanyol.

RFEF dengan penuh semangat mengucapkan selamat maju jaya kepada Luis Enrique dan pasukannya dalam projek profesional mereka di masa akan datang.

Jurulatih yang disayangi dan dikagumi oleh rakan sejawatannya dalam pasukan kebangsaan dan seluruh Persekutuan, yang akan sentiasa menjadi rumahnya.

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Luis Enrique kini sudah bersedia untuk kembali ke dunia pengurusan kelab.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3