Ruud Van Nistelrooy Jurulatih Baharu PSV Eindhoven Musim Depan!


Our new head coach, starting next season. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Bekas penyerang legenda Manchester United dan Real Madrid, Ruud Van Nistelrooy telah menandatangani kontrak selama 3 tahun untuk menjadi ketua jurulatih PSV Eindhoven pada musim hadapan, umum lama rasmi kelab tersebut.

Ruud Van Nistelrooy Jurulatih Baharu PSV Eindhoven Musim Depan! 2

Bekas pemain antarabangsa Belanda itu mengambil langkah pertama dalam jawatan senior kejurulatihan bersama PSV dimana beliau pernah membina karier selama 3 tahun di kelab tersebut pada tahun 1998 hingga 2001. Beliau yang berumur 45 tahun mengambil tanggungjawab dari Roger Schmidt yang akan meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat di akhir musim ini.

Ruud Van Nistelrooy Jurulatih Baharu PSV Eindhoven Musim Depan! 3

“Saya telah berkerja keras selama beberapa tahun ini untuk menjadi jurulatih dan saya berbangga serta percaya yang saya sudah bersedia untuk mengetuai di PSV. Ada beberapa perkara yang dibincangkan bersama bulan lepas. Perbincangan bersama pengurusan PSV telah mencapai kata sepakat untuk kebaikan kelab dan perancangan jangka panjang untuk mencipta kejayaan kelab di masa hadapan.” ujar Van Nistelrooy.

Ruud Van Nistelrooy Jurulatih Baharu PSV Eindhoven Musim Depan! 4

Van Nistelrooy telah menjaringkan 62 gol dalam 67 perlawanan bersama PSV sebelum mencipta karier cemerlang selama 5 tahun di Manchester United dimana beliau telah memenangi liga, piala liga dan juga piala FA. Selepas itu beliau berpindah ke Real Madrid dan memenangi LA Liga dua kali sebelum menamatkan karier pada 2012 selepas karier di Hamburg dan Malaga.

Van Nistelrooy yang telah menjaringkan 35 gol dalam 70 penampilan antarabangsa bersama Belanda telah berkerja sebagai penolong jurulatih di skuad “Oranje” pada tahun lepas.

Ruud Van Nistelrooy Jurulatih Baharu PSV Eindhoven Musim Depan! 5

“PSV bersedia untuk memulakan perjalanan baru pada musim panas ini dan saya bersedia untuk memainkan peranan saya sebagai ketua jurulatih. Perbincangan dengan lembaga pengarah telah mengukuhkan idea bahawa kami bercita-cita tinggi dan ingin mencipta sesuatu yang istimewa dalam jangka masa panjang. I want it, I can do this,” jelas Nistelrooy dalam sesi media perkenalan pengurus baru PSV.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3