Berikut kami kongsikan cara untuk anda membuat permohonan RUMAWIP atau Residensi Wilayah khususnya bagi anda orang KL beserata maklumat berkaitan syarat kelayakkan, cara semak projek rumawip terkini dan sebagainya.
Apa itu RUMAWIP?
🏘Rumawip adalah rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan, RESIDENSI WILAYAH merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.
🏘Apa yang besnya lagi Rumawip menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Kelayakan
Maklumat dibawah ialah kriteria asas yang perlu ada pada pemilik kediaman Residensi Wilayah RUMAWIP yang perlu anda penuhi supaya layak dalam membuat permohnan nanti:
✅Warganegara Malaysia
✅Berumur 21 tahun dan ke atas
✅Lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
✅Pendapatan kasar bulanan ialah RM 15, 000 & ke bawah (suami isteri) dan RM 10, 000 (bujang)
✅Permohonan berdaftar di portal RESIDENSI WILAYAH
✅Sekatan Jualan (moratorium 10 tahun)
Cara Buat Permohonan RUMAWIP
Setelah anda fahami dengan sayarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh residensi wilayah (RUMAWIP), anda boleh mohon dengan langkah-langkah yang kami berikan ini
0️⃣1️⃣Sila masuk ke web pendaftaran rasmi melalui residensi wilayah RUMAWIP https://residensiwilayah.kwp.gov.my/register
0️⃣2️⃣Isi semua maklumat yg diminta seperti no kad pengenalan, kata laluan, kewarganegaraan, email, status perkahwinan, pendapatan kasar isi rumah dan poskod tempat tinggal & kerja.
0️⃣3️⃣Akhir sekali, selepas anda telah mengisi maklumat yang diminta dan klik daftar untuk langkah seterusnya. Selesai!
Dokumen Sokongan Yang Perlu Ada
📜Bebebrapa dokumen sokongan diperlukan semasa membuat permohonan, menurut laman rasmi residensi wilayah terdapat lebih kurang 20 dokumen sokong perlu ada untuk pemohon yang memohon.
📜Selain itu, profil peribadi pemohon haruslah dilengkapkan selepas mendaftar sebelum permohonan projek dibenarkan.
📜Berikut antara senarai semak dokumen sokongan yang harus dilengkap dan dikemukan oleh pemohon yang telah berdaftar kepada pihak pemaju
📌Tambahan : Untuk buat semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal Residensi Wilayah.
Semak Kelayakan Untuk Pinjaman
✏️Mempunyai rumah sendiri adalah satu perkara yang diingini disebabkan kita dari golongan sederhana yang sesuai untuk membeli RUMAWIP ini, perlulah kita membuat pinjaman rumah untuk membiayai hartanah baru kita.
✏️Jadi selepas kriteria dan syarat permohonan telah dipenuhi, kewangan juga faktor yang penting ketika hendak beli rumah. Jadi anda layak ke memohon RUMAWIP ni? jom kita buat kira-kira pinjaman rumah di laman web ini (Imoney Calulator home loan)
Semak projek terkini RUMAWIP
✔️RUMAWIP telah dibina banyak unit di Wilayah Persekutuan tau! Memandangkan bandar Kuala Lumpur ni agak sibuk dan sesak, sudah tentu anda akan memilih tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat kerja supaya mudah dan cepat anda ulang alik ke kerja setiap hari.
✔️Oleh itu, anda perlu semak projek terkini RUMAWIP yang berkenaan tentang harga, keluasan dan lokasi yang sesuai dengan pilihan anda, ada di bukit jalil, setapak, kepong, dan banyak lagi
🖱Klik laman web residensi wilayah untuk melihat unit yang masih ada dan bersesuaian dengan pilihan lokasi anda – https://residensiwilayah.kwp.gov.my/projek
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman rasmi atau hubungi info di bawah
📍Urus Setia RESIDENSI WILAYAH
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
📍Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
☎️ 03-26179154