Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Harga Rumah
SPNB telah mengeluarkan 6 reka bentuk RMR yang terbaharu pada harga RM75,000 dan juga RM85,000.
Bayaran bulanan rumah yang ditawarkan hanya serendah RM300 sahaja.
Baca juga: Program Perumahan Rakyat Biaya Sehingga RM300,000
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berhampiran adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
- Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Baca juga: Skim Smart-Sewa : Sewa Dan Beli Rumah
Cara Mohon
- Sila Layari laman web https://rmr.spnbonline.com.my/.
- Klik pada bahagian pendaftaran baru.
- Isi maklumat dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Lengkapkan maklumat ke dalam sistem.
- Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang.’
- Hantar borang dan dokumen yang diperlukan Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan anda.