Jom Daftar Rumah Siswa Untuk Pelajar IPTA


Jom Mohon! Pelajar IPTA yang ingin mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus masing-masing, kini mereka boleh lakukannya menerusi Portal Rumah Siswa yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Untuk Makluman, Rumah Siswa akan secara tidak langsung membantu pihak IPT untuk mentadbir, menelaras serta menguruskan keperluan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa yang menyewa di luar kampus.

Baca Juga : Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Percuma!

Portal Rumah Siswa


Portal Rumah Siswa adalah platform khas yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa kepada pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.

Jom Daftar Rumah Siswa Untuk Pelajar IPTA 1

Senarai IPTA Yang Terlibat

  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Cara Daftar

  1. Sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.
  2. Klik pada butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang ‘Verify Email Address’ untuk mengesahkan email.
  5. Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang ‘Cari.’
  6. Senarai kediaman dipaparkan untuk rujukan pelajar.

Baca Juga : Bantuan Kewangan Asasi IPTA Selama Setahun Pelajar B40 & M40

Maklumat Lanjut

Boleh layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3