Rumah Sharifah Shahirah Jadi Pusat Transit Barang Bantuan Mangsa Banjir.


Malaysia telah menghadapi banjir secara mengejut di banyak negeri dan daerah yang terlibat dan pada bencan banjir kali ini nampkanya adalah paling buruk berlaku apabila banyak tempat yang mengalami kerosakan teruk dan total lost.

Dan selepas seminggu negara dikejutkan dengan insiden banjir teruk di beberapa kawasan di Lembah Klang, Pahang dan juga Melaka pelbagai usaha dijalankan dan digerakkan untuk membantu mereka yang terkesan dengan banjir yang berlaku.

Bagi penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah, dia menggunakan platform media sosial sebaik mungkin bagi berkongsi maklumat berkaitan kepada orang ramai dan memudahkan urusan kepada semua yang terlibat kerana dirinya sudah dikenali ramai.

BAnyak perkongian pada hantaran di Instagram Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, malah ruangan feed dan Instastory aktres itu dipenuhi dengan info berkaitan banjir dan jenis bantuan yang diperlukan oleh mangsa yang terlibat.

Berdasarkan banyak info dari media sossial hingga ke hari ini bantuan makanan sudah terlalu banyak dihantar ke pusat dan kepada mangsa banjir yang terlibat apabila air sudah surut dan tempat kembali seperti biasa tapi kehidupan harus diteruskan semula tanpa apa-apa keperluan asas kerana semuanya sudah dihanyutkan air dan rosak akibat banjir yang melanda secara tiba-tiba itu.

Kebanyakkan yang terlibat sudah tinggal sehelai sepinggang apabila tidak sempat meyelamatkan harta benda dan kesemua barang rosak kerana air naik terlalu tinggi hingga menenggelamkan rumah.

Shira berkongsi tentang bantuan yang pernah dia sertai semasa berlaku banjir di Pahang tahun lalu tetapi kali kawasan yang terlibat agak meluas dan mengejut jadi dia tidak dapat menyatakan dengan tepat sejauh mana bantuan ini pergi, tetapi hanya mampu tolong setakat yang termampu sahaja.

Dia yang merasa terharu dan gembira kerana dapat membantu apabila ramai sangat yang memberi respons di DM (direct message) untuk meminta bantuan dan telah cuba sebaik mungkin untuk membalas dan bertanya kepada mangsa tentang keperluan mereka.

 

Dia yang masih sibuk berkerja hanya mampu untuk  repost mana yang sempat di post dihantaran Ig miliknya dan meminta semua sumbangan dan barangan dihantar ke rumahnya dahulu untuk pengumpulan dan akan diagihkan kepada kumpulan yang bergerak ke kawasan terjejas .

Dia lebih senang menggunakan konsep hantar sampai depan rumah kerana sekarang banyak virak tentang barang yang didermakan malah disimpan di Pusat Penempatan Sementara malah ada yang tidak mengedarkan barang bantuan yang disalurkan malah banyak barang yang terkandas termasuklah makanan.

Dalam pada itu, Shiera memberitahu ramai rakan artis turut menghulurkan bantuan melaluinya untuk disampaikan kepada mangsa banjir yang mana banyak membantu dengan meghantar barangan keperluan kerumahnya untuk diberikan kepada mangsa banjir dan ada juga yang tidak kedekut untuk memberikan wang ringgit untuk membeli dia membeli barangan keperluan yang lainnya seperti toto .

Merasa gembira kerana ramai  rakan artis yang turut membantu meringankan beban dan memudahkan urusannya malah mereka tidak mahu nama didedahkan kerana ikhlaas membantu.

“Mereka semua tak mahu saya dedahkan nama, katanya ini antara diri mereka dengan Allah sahaja,” katanya.

Sekarang ini mereka lebih memerlukan barang-barang rumah bagi meneruskan kehidupan selepas pasca banjir seperti tikar , toto,bantal , tilam , dapur ,cerek,barang memasak dan keperluan hidup yang lain.

Selain daripada rakan artis, ada juga seorang daripada pendengar setia Suria FM juga menyumbangkan pakaian dalam kepada Shiera untuk diagihkan kepada mangsa banjir apabila Shiera memohon agar dihantar dan didermakan pakaian dalam untuk dihantar kepada mangsa banjir.

Lebih memikirkan tentang keselesaan, mangsa banjir yang sudah lama berada dalam keadaan basah memerlukan pakaian dalam juga kerana itu pakaian asas bagi wanita. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang merasai betapa tidak selesanya apabila dalam keadaan basah.

Dia juga tidak segan silu untuk memohon bantuan pampers pakai buang wanita dan juga seluar dalam pakai bunag kerana memikirkan mangsa yang masih dalam keadaan banjir dan hujan atau berada di PPK tetapi tidak mempunyai mesin basuh untuk mencuci dan membasuh.

 

.

“Sekarang ini mereka lebih memerlukan barang-barang bagi meneruskan kehidupan pasca banjir seperti cerek untuk memasak air panas. Kalau ada termos pun elok juga untuk menyimpan air panas bagi mereka yang nak buat susu anak sementara duduk di PPS,” ujarnya.

Sebelum ini, Shiera juga pernah menjadi salah seorang mangsa banjir apabila terkandas ketika sedang bercuti bersama keluarga di tanah persendirian miliknya di Ulu Dong, Raub, Pahang pada Januari lalu.

Dan sudah berpengalaman tentang keperluan mangsa banjir setelah banjir berlaku. peralatan untuk membersih juga diperlukan kerana rumah sudah dipenuhi lumpur dan juga tanah.

Hingga hari ini rumah Shiera masih menjadi  tempat untuk menghantar barang bantuan dan sesiapa yang memerlukan boleh ambil untuk diri sendiri dan boleh juga ambil dan hantar kepada mangsa yang memerlukan kerana banyak barang yang terdapat dirumahnya.


Kenderaan pancuan 4 roda juga diperlukan  untuk menghantar barang-barang keperluan yang lain dan juga sukarelawan yang sanggup menghantar barang-barang di kawasan yang memerlukan barang tertentu.

 

Penafian – Semua artikel admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Rumah Sharifah Shahirah Jadi Pusat Transit Barang Bantuan Mangsa Banjir.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia