Rumah Selangorku merupakan satu inisiatif dasar perumahan yang dianjurkan oleh Negeri Selangor bagi memastikan setiap rakyat/ keluarga memiliki sebuah rumah tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk diduduki.
Apa Itu Rumah Selangorku?
🏡Rumah Selangorku adalah rumah berkonsepkan Perumahan Mampu Milik atau Kos Rendah untuk penduduk Selangor. Sejajar dengan matlamat “1 Keluarga 1 Kediaman Sempurna”
🏡Penawaran terbuka Rumah Selangorku ini dianjurkan di pelbagai daerah di Selangor antaranya Ampang, Cyberjaya, Putra Height, Puchong, Setia Alam dan lain-lain bergantung kepada projek yang masih ada.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Kelayakan
Sebelum memohon dan mengisi borang Rumah Selangorku ini, pastikan anda baca dulu syarat kelayakan yang diperlukan.
✅Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
✅Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
✅Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
✅Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
✅Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan
✅Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
✅Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
✅Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa;
✅Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku
Permohonan Rumah Selangorku (Cara Mohon)
Pendaftaran Pengguna
📌Pengguna boleh melayari portal rasmi lphs dan mendaftar sebagai pengguna.
Hantar Permohonan
📌Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
Proses Kelulusan
📌Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
Muat Naik Dokumen
📌Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
Surat Tawaran
📌Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
Pindah Ke Kediaman
📌Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.
Dokumen Yang Diperlukan
📝Salinan IC pemohon & pasangan;
📝Salinan Surat Nikah atau Daftar Perkahwinan atau Surat Cerai atau Sijil Kematian pasangan;
📝Untuk yang bujang, diperlukan Surat Pengesahan daripada majikan/ Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
📝Penyata gaji terkini atau bagi yang bekerja sendiri diperlukan pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah;
📝Jika tidak bekerja diperlukan Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah;
📝Rekod pemohon dan pasangan dari CCRIS atau CTOS;
📝Penyata KWSP (jika ada);
Semakan Status & Senarai Projek
📜Untuk membaut permohonan dan maklumat lanjut, sila layari web https://ehartanah.lphs.gov.my/.
📜Jika permohonan anda dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ itu bermaksud pemohonan anda masih dalam proses untuk ditawarkan rumah. Ianya bergantung kepada syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan dan sebagainya.
📜Selepas 2 tahun masih tiada keputusan tawaran atau notifikasi, sila buat pendaftaran yang baru.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapakah harga rumah Selangorku?
Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai SST bergantung kepada jenis, keluasan,lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.
Berapakah keluasan rumah Selangorku?
Keluasan rumah adalah di antara 700 kaki per segi (kp) hingga 1000 kaki per segi (kp) bergantung kepada jenis rumah.
Adakah permohonan saya disenarai hitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah Selangorku yang ditawarkan?
Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenarai hitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh 2 tahun.
*Lagi soalan lazim berkaintan “Rumah Selangorku” boleh rujuk FAQ RS
Portal Malaysia berharap agar permohonan anda untuk memiliki rumah mampu milik ini dipermudahkan.