Rumah Prihatin @ Grand Seasons Kuala Lumpur
Kementerian Wilayah Persekutuan & Yayasan Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur menubuhkan Rumah Prihatin @Grand Seasons bagi tujuan membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Rumah Prihatin @Grand Seasons yang telah beroperasi secara berperingkat mulai 15 Julai, kini dijadikan premis yang berkonsepkan hotel kebajikan dengan menjalankan kegiatan sukarela berkaitan perkhidmatan pengawalan penularan wabak tersebut.
Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang Rumah Prihatin untuk makluman bersama.
Senarai Kandungan
Apakah Rumah Prihatin?
Rumah Prihatin @ Grand Seasons Kuala Lumpur yang baru dilaksanakan baru-baru ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan bagi mendapatkan makanan, penginapan dengan kadar apa yang mampu, menjejaki asnaf, memberikan khidmat bantuan kesihatan mental dan bantuan vaksinasi melalui Trak Vaksinasi Bergerak [email protected]
RumahPrihatin @ Grand Seasons menghimpunkan, mengkordinasi dan merawat individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Baca Juga: BPR 2021 : Bantuan Prihatin Rakyat (Hasil)
Bantuan Yang Disediakan Di Rumah Prihatin @ Grand Seasons
5 komponen utama diwujudkan di RumahPrihatin @ Grand Seasons KL seperti dibawah:
- Dapur Prihatin (penyediaan makanan percuma sehingga 1,000 pek sehari)
- Bilik Penginapan Prihatin (300 bilik pada harga minimum).
- Khidmat Kesihatan Mental Prihatin atau KMMP iaitu penyediaan khidmat kaunseling kepada individu terkesan Covid-19
- Khidmat Vaksinasi Prihatin (perkhidmatan vaksinasi dengan kapasiti 800 orang sehari).
- Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP) iaitu pusat bagi Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO.
Bilik Penginapan Prihatin
- Menerusi inisiatif Bilik Penginapan Prihatin, 300 bilik penginapan tersedia bagi golongan musafir, pekerja barisan hadapan, atau mana-mana pihak yang memerlukan penginapan sementara.
- Bilik penginapan mampu bayar ini ditawarkan dengan harga yang bermula RM30/malam.
- Bagi yang menginap di sini atau memerlukan info lanjut tentang Bilik Penginapan Prihatin, boleh hubungi nombor telefon 011-7073 6458.
Tarikh Pelaksanaan
[email protected] dibuka secara berperingkat mulai 15 Julai di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang berhadapan dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Baca Juga: SPPP SSM: Cara Pendaftaran Perniagaan Percuma B40 & Pelajar IPT
Maklumat Lanjut
Hubungi talian & email berikut untuk mengajukan sebarang persoalan melalui cara dibawah:
- Hotline: 011-7110 7898
- E-mel: [email protected]
- Laman web : https://www.yayasanwp.org/rumahprihatin
- Facebook: https://www.facebook.com/rumahprihatinwp/
Related Posts
- Cara Mohon Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah Tahun 2022
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui