Rumah PPRT Kini Dibuka Pada Tahun 2023 : Mohon Online Disini!!


Terdapat pelbagai bantuan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2023. Ini bagi membantu golongan yang memerlukan. Tahukah anda Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Miskin atau dikenali sebagai PPRT.

Program ini bertujuan untuk mereka yang ingin membaiki atau membina rumah baru untuk didiami dan memerlukan bantuan.

PENGENALAN PPRT


Objektif utama bantuan ini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin dengan membina atau mengubahsuai rumah bagi menyediakan kediaman yang selamat dan selesa untuk pertumbuhan satu keluarga.

BANTUAN PPRT

Berikut adalah permohonan bantuan PPRT yang diutamakan:

  • Keutamaan pelaksanaan program ini adalah bagi negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
  • Bapa atau ibu tunggal yang banyak tanggungan keluarga yang ramai
  • Mangsa bencana alam berskala kecil.
  • Orang Kurang Upaya – OKU.
  • Warga emas.

JENIS KATEGORI RUMAH PPRT

Berikut adalah 2 kategori yang disediakan dalam Program PPRT ini:

1) Pulih dengan baik

a) Pembaikan rumah melibatkan 3 elemen penting

  • Permintaan
  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan

b) Syarat-syarat program bantuan pembaikan rumah

Bantuan akan diberikan kepada individu yang rumahnya usang atau rosak akibat bencana dan masih boleh dibaiki.

Mendapat surat kebenaran bagi kes menduduki tanah daripada pemilik.

2) Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah untuk didiami atau rumah sendiri kini sudah terlalu uzur dan tidak selamat untuk didiami

LANGKAH MEMOHON BANTUAN RUMAH PPRT 2023 – DALAM TALIAN

Jika anda memenuhi syarat kelayakan yang disenaraikan dan ingin memohon bantuan ini, berikut adalah langkah-langkah yang telah disediakan:

Untuk Maklumat Penuh Layari Portal Rasmi eSPKR – Klik Sini

Kemudian, tekan butang “Program Perumahan Rakyat Miskin” di halaman utama.

Seterusnya, sila lengkapkan maklumat yang anda perlukan di ruangan yang disediakan.

Rumah PPRT Kini Dibuka Pada Tahun 2023 : Mohon Online Disini!! 1 Rumah PPRT Kini Dibuka Pada Tahun 2023 : Mohon Online Disini!! 2

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin bagi tahun 2023, anda boleh menghubungi pihak berikut:

Mohon juga : FEBRUARI : Barangan Dapur RM300 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia!!


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3