Home » Permohonan » Rumah Perakku – Cara Isi Borang Permohonan Dan Semakan (Tutorial)

Rumah Perakku – Cara Isi Borang Permohonan Dan Semakan (Tutorial)

Rumah Perakku merupakan rumah kos sederhana dan kos sederhana. Ia adalah inisiatif kerajaan negeri Perak untuk membantu Penduduk negeri Perak bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Bagi penduduk negeri Perak yang ingin membeli rumah, anda boleh cuba memohon rumah di bawah Program Rumah Perakku ini. Baca perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Rumah Perakku ini :

Syarat Permohonan Rumah Perakku

Bagi anda yang ingin membuat permohonan Rumah Perakku ini, berikut merupakan syarat yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan :

✅Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

✅Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.

✅Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah) RM90,000 dan ke bawah.

✅Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana) RM90,001 hingga RM180,000

✅Pendapatan Terbuka : (Mampu Milik) RM180,001 hingga RM250,000

Cara Mohon Rumah Perakku Online

Bagi yang telah memenuhi syarat permohonan  dan ingin meneruskan peringkat seterusnya iaitu mengisi borang permohonan secara online, anda boleh ikuti cara di bawah untuk membuat permohonan Rumah Perakku ini :

💻Layari ke laman web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak

💻Isi dan lengkapkan borang permohonan yang akan dipaparkan

💻Isi maklumat peribadi anda seperti yang diminta (Nama, no KP, Alamat, No Tel, Pekerjaan dll)

💻Masukkan alamat emel dan kata laluan

💻Kemudian klik pada “Daftar Permohonan Rumah”

💻Selesai dan permohonan anda telah didaftarkan.

Borang Permohonan Rumah Perakku (Manual)

Bagi anda yang ingin membuat permohonan secara manual dan bukan atas talian, anda boleh muat turun borang permohonan di bawah :

📝Borang Permohonan Rumah Perakku

Cara Buat Semakan dan Kemaskini

Bagi anda yang telah membuat pendaftaran permohonan dan ingin membuat semakan status permohonan atau kemaskini maklumat, anda boleh ikuti cara di bawah :

📌Layari ke laman web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak

📌Sila pergi ke bahagian bawah dan klik pada butang “Kemaskini / Semak permohonan”

📌Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk log masuk

📌Kemudian anda boleh membuat kemaskini dan semak permohonan

Jadi bagi anda yang menetap di negeri Perak dan ingin membuat permohonan, anda bolehlah merujuk perkongsian seperti di atas. Semoga info yang diberikan boleh menjadi rujukan dan memudahkan anda untuk membeli Rumah Perakku.

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Rumah Perakku – Cara Isi Borang Permohonan Dan Semakan (Tutorial)” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!