Rumah Perakku 2022: Rumah Mampu Milik Negeri Perak, Terbuka Kepada Semua Warga Perak


Berita baik untuk rakyat Negeri Perak, Rumah PerakKu kini dibuka untuk permohonan.

Warga Perak yang tidak memiliki rumah dan memenuhi syarat pendaftaran yang ditetapkan, boleh mengemukakan permohonan secara atas talian.

Baca juga:

Tawaran Perumahan:


Berikut adalah tawaran perumahan yang terlibat:

1. Rumah Perakku I:

  • kos rendah RM90,000 dan ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi: RM3,860 sebulan.

2. Rumah Perakku II:

  • kos sederhana RM90,001 hingga RM180,000.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi: RM3,861 hingga RM7,000 sebulan.

3. Rumah Mampu Milik:

  • kos RM140,001 hingga RM250,000.
  • Pendapatan terbuka.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pemohon mestilah belum memiliki rumah sendiri.
  4. Pemohon mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,860 hingga RM7,000 sebulan.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal Lembaga Perumahan Perak.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Sertakan dokumen sokongan yang diperluakan.

Langkah 4: Klik butang “HANTAR”.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen yang diperlukan semasa sesi temuduga kelayakan penerima:

  1. 1 Salinan kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/suami.
  2. 1 Salinan sijil nikah / Daftar perkahwinan
  3. 1 Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
  4. 1 Salinan Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  5. 1 Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/suami.
  6. 1 Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/suami dari Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  7. 1 Keping gambar warna Ukuran pasport(Terbaru).

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hadir ke Lembaga Perumahan & Hartanah Perak Agras G, Bagunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak atau hubungi di talian : 05-209 5000.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3