Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home Portal Rasmi

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat RMR (Tutorial)

portalmalaysia by portalmalaysia
December 1, 2020
in Portal Rasmi
Reading Time: 4min read
55
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Tahukah anda mengenai Rumah Mesra Rakyat atau RMR? Objektif program ini adalah bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan juga keluarga miskin yang tinggal di rumah usang (daif) atau tidak mempunyai rumah namun mempunyai tanah bagi membina rumah sendiri yang lebih selesa dan sempurna.

PortalMalaysia akan kongsikan kepada anda mengenai RMR seperti syarat kelayakan dan cara memohon sebagai rujukan anda semua. Bagi mereka yang tinggal di Selangor boleh cuba mohon skim Rumah SelangorKu yang dibuat khas untuk penduduk Selangor.

ArtikelBerkaitan

Tarikh Jadual Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 – Jadual Baru

Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat. BPR Fasa 1 Dah Masuk!

Surat Rasmi – Contoh Format Surat Yang Betul 2021

Syarat Rumah Mesra Rakyat

✅Warganegara Malaysia
✅Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
✅Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
✅Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
✅Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah yang dicadangkan tersebut.
✅Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
✅Tertakluk kepada peruntukan kewangan

📢NOTA:

🖱Bagi pemohon pemohon dari Semenanjung Semenanjung yang berumur berumur melebihi melebihi 42 tahun, pemohon pemohon kedua yang berumur berumur di antara 18-42 tahun diperlukan diperlukan.
🖱Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun
diperlukan.

Pemohon Perlu Buat Sebelum Mohon

📝Anda perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan yang boleh di dapati di Portal Rasmi SPNB
📝Anda perlu menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
📝Anda perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
📝Anda perlu membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
📝Anda perlu membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan

Pelan Rumah Mesra Rakyat

🏡Ini merupakan pelan rekabentuk remuah mesra rakyat yang dikongsikan oleh SPNB diamana syarikat tersebut merupakan syarikat yang membuat projek-projek berkaitan rumah mesra rakyat ini.

REKABENTUK 1,000KPS (SEMENANJUNG MALAYSIA)

REKABENTUK BAHARU 850KPS (PULAU)

REKABENTUK BAHARU 750KPS (SABAH / SARAWAK)

Cara Daftar Rumah Mesra Rakyat

0️⃣1️⃣Pergi ke portal rasmi SPNB Rumah Mesra Rakyat http://rmr.spnbonline.com.my

0️⃣2️⃣Klik pada salah satu pautan “Pendaftaran Baru”

0️⃣3️⃣Isikan Borang Pendaftaran Login dibawah dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID untuk sistem RMR1M ini.

0️⃣4️⃣Pilihan negeri dan parlimen mestilah mengikut alamat tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia nanti.

0️⃣5️⃣Akhir sekali klik butang “Daftar” untuk menghantar pendaftaran Login.

0️⃣6️⃣Satu email mengandungi butiran login dan kata laluan akan dihantar kepada email pendaftaran anda.

0️⃣7️⃣Gunakan login ID dan kata laluan tersebut ketika log masuk laman utama Sistem Pendaftaran RMR1M

0️⃣8️⃣Selepas pendaftaran login, satu borang pra-pendaftaran akan dimuat turun. Sekiranya borang tersebut tidak dimuat turun secara automatik, klik pada pautan yang disediakan

0️⃣9️⃣Borang Pra-Pendaftaran tersebut mengandungi
✔️Surat Aku Janji Pemohon,
✔️Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah dan
✔️Borang Lawatan Tapak Bergambar

1️⃣0️⃣Lengkapkan kesemua borang di atas dan imbas salinan borang tersebut kepada bentuk imej digital (jpg,bmp dll) untuk dimuat naik semasa pendaftaran nanti

Cara Mohon RMR

0️⃣1️⃣Dah Sattle daftar, masuk semula ke portal rasmi SPNB Rumah Mesra Rakyat http://rmr.spnbonline.com.my

0️⃣2️⃣Untuk log masuk ke dalam sistem, gunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebaga ID pengguna.

0️⃣3️⃣Gunakan pula kata laluan yang telah di emailkan kepada anda semasa pendaftaran login.

0️⃣4️⃣Dah Login masuk anda boleh isi borang permohonan rumah mesra rakyat secara online terus.

0️⃣5️⃣Untuk panduan pengguna lebih lanjut, boleh rujuk https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR1M.pdf

0️⃣6️⃣Flow ringkas cara mohon rujuk bawah :

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

🗂Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)

🗂Salinan kad pengenalan tuan tanah

🗂Salinan kad pengenalan pemohon kedua/bersama

🗂Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru

🗂Slip gaji terkini / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan*

🗂Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*

🗂Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah

🗂Salinan sijil nikah pemohon

🗂Borang laporan tapak bergambar

📢NOTA: Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

Harga Rumah Mesra Rakyat

Berikut adalah harga RMR yang dikongsikan oleh SPNB, dengan konsep-konpem di  semenanjung malaysia, pulau di semenanjung, sabah, sarawak, dan labuan.

Cawagan-Cawangan SPNB Selurun Negara.

Maklumat Lanjut

📍Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

📠Hotline : 1300 80 3838

☎️Tel : 603-2618 5555

SMS :  019-2104000

📧Emel : [email protected]

Facebook : SPNB Produk

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia share diatas sekadar tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat RMR (Tutorial)” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Source: Spnbonline.com.my

Comments 55

  1. Noraini rahman says:
    12 months ago

    Saya mempunyai seorang anak oku dan tidak berkahwin, berumur 26 tahun. Bagaimana saya boleh membuat permohonan bagi anak oku saya ini agar mempunyai rumah sendiri. Tanah ada disediakan.

    Reply
  2. nur hasmira says:
    12 months ago

    link mana sy bole print borang rumah mesra rakyat

    Reply
    • Anushalini says:
      11 months ago

      link mana sy bole print borang rumah mesra rakyat

      Reply
  3. nik aina says:
    11 months ago

    borang ambil kat pejabat tanah ke??

    Reply
  4. Nur shafika says:
    11 months ago

    Macam mana nak dapatkan borang ye

    Reply
  5. Aimy bazliah bt Abd moris says:
    11 months ago

    Saya nak mohon RMR, atas tanak milik arwah ibu saya, macam mana saya nak mohon apa dokumen yg diperlukan

    Reply
  6. Mohamad Azhan bin ramli says:
    11 months ago

    Bila link ni boleh guna

    Reply
  7. nik says:
    11 months ago

    macam mana nk ambil borang utk negeri kelantan

    Reply
  8. Hakimi says:
    11 months ago

    Asslm & slm sejahtera..sy nk rujuk berkenaan pertukaran lokasi rumah RMR SPNB, sy dah cuba hubungi SPNB terdekat dgn sy tp tidak berjawab sbb mungkin disebabkan PKP.. jadi macam mana nk buat urusan sepanjang PKP ni ye? terima kasih..

    Reply
  9. Che mod b salleh says:
    11 months ago

    Assalamuaikum sini saya nak tanya blh ke saya nak memohon rumah utk mak umur sudah tua rumah yg di duduk skg sudah uzur sggt..tambah pula ada lg Kakak oku jg..tanah sendiri tggal.

    Reply
  10. Evaristus Balamun says:
    10 months ago

    Kenapa kos membuat rumah RMR di sabah boleh mencapai rm 106,500, dan keluasan rumah bagi malaya 1000kps dan sabah/sarawak hanya 750 kps…

    Reply
  11. Azimah Helmi says:
    10 months ago

    Assalamualaikum saya surirumah sepenuh masa.. Suami pulak buat keje kampong sahaja.. Sekarang kami sekluarga duduk umah usang… Kami ada 7org semua… Agar dapat pertimbangkan sebab rumah yg kami duduk pon daif sgt2

    Reply
  12. MOHD FITRI BIN ISMAIL says:
    10 months ago

    Assalamualaikum, nk tanya. Spnb ada beri penangguhan 6 bulan jgk ke musim PKP ni?

    Reply
  13. RAMDZA AFANDI BIN MADZALAN says:
    10 months ago

    Assalammualaikum tuan,
    Nak tanye, saye ade sebidang tanah lot di Perak. Camner nak apply yea.
    Umo dah 47 bulih apply lagi ke.

    Reply
  14. Prakash mohan says:
    10 months ago

    Saya blm pernah beli rmh. Baru nk cari beli rmh.

    Reply
  15. Azimahwaty says:
    10 months ago

    Nak tnya rmh ni byr bulan² smpai 25 thn bru jd milik sndrilh kn! Bkn spenuhnya free lh kerajaan bntu kn?😢 maaf brtnya,sbb slps baca ni td,sng hti nmpk sya fkrkn kerajaan bntu bagi rmh free pda pasangn yg btl² memerlukn dn langsung tk ada kemampuan miliki rmh mcm sya yg mempunyai ank seramai 6 org

    Reply
  16. Noor Haslina says:
    10 months ago

    Assalamualaikum..cmna saya nk mntak rumah ni…tanah nma saya..saya xdak rumah lg tumpang rumah ayah saya..

    Reply
  17. Norhidayah Binti Hamdan says:
    10 months ago

    Sebelum saya pernah memohon rumah mesra rakyat dah Diluluskan permohonan cuma sy tidak pergi ke pejabat utk mendaftar menerima. Macam mana Cara sy utk dapatkan balik semula kelulusan permohonan saya??

    Reply
  18. Zaimah says:
    10 months ago

    Assalammualaikum…bolehkah memohon RMR jika tanah sekarang belum ada geran..cuma ada nombor lot sahaja yang di tulis..dan tiada dokumen apa2..

    Reply
  19. Jothi says:
    10 months ago

    Bila link ni boleh guna

    Reply
  20. Siti Shara binti Abdull Rahman says:
    10 months ago

    Assallammualaikum…sy nk mohon RmR..atas tanah bapa saya tp dlm satu geran ade byk name macam mana ye???

    Reply
  21. Rainah Pusong says:
    10 months ago

    Assalamualaikum..nak tanya..di pitas ada ker.. Klo ada sy nak memohon

    Reply
  22. Usrif Bin yusup says:
    10 months ago

    Saya warga Sarawak.bekerja diJohor.selama28.tahun Belum memiliki rumah Dan ingin mohon.di penempatan tanah sendiri di Sarawak..pernah memohon semasa kerajaan terdahilu ..sehingga sekarang maseh tiada apa apa status.kedudukan..sy amat berduka cita berharap utk memiliki rumah sendiri ditapak yg sedia ada..

    Reply
  23. ENOS ANAK KEDEMPAI says:
    10 months ago

    Macam Mana saya nak apply RMR nie? Saya dah berumah tangga anak 2, belum ada rumah sendiri dan tanah sendiri?

    Reply
  24. SITI SAPURA BINTI JAINUDDIN says:
    10 months ago

    Assalamualaikum
    Saya ingin memohon rumah sekiranya bole kerana saya menumpang rumah mak saya dan saya suda berkahwin dan mempunyai anak .

    Reply
  25. Mohammad azlan bin abdullah says:
    10 months ago

    Assalamualaikum.. Hi saya mohammad azlan.. Dari pertama kahwin sampai la anak umur 3 tahun.. Tak pernah dapat apply 1 rumah di Selangor.. Saya teringin sangat ada rumah sendiri.. Kurang beban menyalewa tiap2 bulan

    Reply
  26. muzaffar says:
    10 months ago

    mcm.mana nak mohon..link permohonan pun x dpt

    Reply
  27. Felmi says:
    9 months ago

    Macam mana nak apply ya?

    Reply
  28. Norhashimah binti mior abd malek says:
    9 months ago

    Assalamualaikum..
    Saya nak tanya…saya sekarang sudah berkahwin sekarang sy duduk rumah arwah ibu dan bapa saya…saya nak minta batuan tuk bersar kan bilik yg sy duduk di rumah arwah ibu dan bapa saya…skrg ne yg duduk rumah arwah ibu dan bapa saya…saya dan dua org abang saya…adik beradik yg lain duduk dgn suami dia….rumah arwah ibu dan bapa sy ne masih ada ruang tuk bersar kan bilik tuk sy duduk dgn anak2 dan suami saya sb bilik yg saya duduk agak kecil…sy xda kemangpuan tuk bsar kan bilik sy duduk ne supaya kami sekeluarga boleh duduk selese….

    Reply
  29. Yogeswari says:
    9 months ago

    Saya ingin memohon rumah sekiranya boleh kerana saya menumpang rumah mak saya dan saya sudah berkahwin tapi suami takde dan mempunyai anak.

    Reply
  30. KHAIRULIZWAN BIN RAMLI says:
    9 months ago

    macam mana cara nak aply sy suda bersuami isteri anak sy nk ada rumah sendiri

    Reply
  31. Mohd Nizar Bin Rahman says:
    9 months ago

    nak tanya macam mana nak aply RMRPLUS ye..tapak tanah atas nama mak mertua

    Reply
  32. Nani a/p Manogaran says:
    9 months ago

    Saya ibu tunggal .sy Ade 3 org anak…anak sulung umurnya 19thn…keduanya baru habis spm ….anak ketiganya belajar tingkatan 3 …Saya bersukacita nak milik sendiri…

    Reply
  33. Mazlan Mohamad says:
    9 months ago

    Saya cuma mempunyai tanah di kawasan rendah dimana selalu ditengelami air. Adakah Rumah Mesra Rakyat mempunyai model rumah bertiang ?

    Reply
  34. Kamaliah says:
    9 months ago

    saya nak mohon rumah mesra rakyat bagi pihak ibu saya, rumah sedia ada telah usang. Bagaimana saya boleh mohon?
    Saya cuba buka website tapi tak jumpa borang permohonan. Mohon bantu

    Reply
  35. Mohamad Termizi Bin Razak says:
    9 months ago

    salam.. sy ingjn bertanya.. jika rumah yg hendak dibina di perak, saya kena rujuk SPNB perak atau mana2 cawangan pon boley. terima kasih

    Reply
  36. Khastina bte hussein says:
    9 months ago

    Macam mna mahu apply kalau saya ibu tunggal 3 orang anak..

    Reply
  37. Lol says:
    9 months ago

    Sangat2 tidak adik bagi penduduk sabah dan sarawak

    Reply
  38. Normah says:
    9 months ago

    Link ni bila boleh bukak

    Reply
  39. Nik noor Syafiza binti nik ismail says:
    9 months ago

    Assalamualaikum mcm mane nk aply sy suri rumah suami kerja kampung anak empat orng kecik2 lg.sy tak ada rumah…hanya menupan je..

    Reply
  40. Salasiah Jannah says:
    9 months ago

    Salam..pendapatan suami isteri kami dibawah rm3000..belum mempunyai rumah sendiri tetapi kami mempunyai tanah hanya 2400kps..boleh ke pihak spnb pertimbangkan permohonan sekira saya memohon RMR ni?amat memerlukan…terima kasih

    Reply
  41. rohaya mohd wazir says:
    9 months ago

    saya nak buat rumah ditanah mak saya..mohon petunjuk

    Reply
  42. Lily says:
    9 months ago

    assalamualaikum…macam mn nk mohon rumah mesra rakyat..tanah dh ad..tp xtaw cara dye..

    Reply
  43. Faiz Bin Ahmad Nordin says:
    9 months ago

    Sila update bila borang boleh di isi…terima kasih.

    Reply
  44. Mazliana says:
    9 months ago

    Macam mana nak mohon secara manual

    Reply
  45. CHE MOHD HAMIZAN BIN CHE HASSAN says:
    9 months ago

    Assalamualaikum macam mana saya nak mohon untuk negeri Kelantan?
    boleh kah saya menggunakan tanah atas nama orang tua saya?

    Reply
  46. nurul says:
    9 months ago

    bila link boleh digunakan,sy ingin memohon.sudah berhari-hari mencuba,tetapi link tidak boleh digunakan.

    Reply
  47. Mohd imran bin mohd noor says:
    9 months ago

    Macam mana nk pohon saya ank dh 3 ni x ada rmh lg ni tanah sendiri dh ada

    Reply
  48. Rosmaliza Mohamed says:
    9 months ago

    Macam mana nak mohon ya? Dekat websites selalu under maintainance

    Reply
  49. Nur Aidah binti Mohamad Ramli says:
    9 months ago

    Mcm mana nak dapat borang

    Reply
  50. ROMLAH BINTI MOHD DAUD says:
    8 months ago

    rumah pertama saya diatas tanah sendiri

    Reply
  51. ROMLAH BINTI MOHD DAUD says:
    8 months ago

    berminat bina rumah atas tanah sendiri

    Reply
  52. Ephraim augustine says:
    8 months ago

    Saya berada di austrila berkerja di austrila
    Saya sudah berkahwin dan mempunyai anak satu.. anak dan isteri saya tinggal di Sabah .. saya berkerja di austrila mencari rezeki untuk anak dan isteri saya .. bagaimana hendak saya memiliki rumah sendiri dan untuk pengurusan nya..Adakah saya boleh memohon untuk memiliki rumah sendiri .. saya terpaksa berjauhan dengan keluarga saya untuk mencari rezeki.. Saya mohon agar saya di beri peluang untuk memiliki rumah sendiri..

    Reply
  53. Jumati Kamis says:
    8 months ago

    Dah 2thun sya tunggu link ni di buka.. Tpi hampa smpi skrg.. Dah 2kali jgak sys pergi pejbat spnb di KL.. Tpi ktanye prmohonan rumah mesra rakyat subsidi madih blum di buka.. Hampa sngt.. Rumah smkin uzur tpi prmohonan masih blum dibuka.. Bantulah kami yg mmerlukan rumah baru ini..

    Reply
  54. Ephraim says:
    8 months ago

    Sekali lagi saya ingat membuat pertanyaan kepada tuan .. saya mempunyai tapak rumah untuk tempat membuat rumah tetapi tanah tersebut ada tanah kampung dan Tdk mempunyai geran..( ia bermaksud tanah kampung ) tetapi yang berhak untuk mendirikan rumah di tanah tersebut ada keluarga saya. jadi pertanyaan saya ialah.. boleh kah saya memohon untuk RMRPLUS?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2021
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • 0shares
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger