Home » Bantuan » Rumah Mampu Milik Sarawak & Bantuan Sewa Dari HDC

Rumah Mampu Milik Sarawak & Bantuan Sewa Dari HDC

Rumah Mampu Milik Sarawak Dan Bantuan Sewa Dari Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC)

Untuk makluman anda semua khususnya bagi penduduk di negeri Sarawak, Skim rumah mampu milik sarawak serta bantuan sewa rumah di bawah HDC bagi tahun 2021 telah pun dilancarkan oleh kerajaan negeri kepada siapa yang layak untuk mendapatkannya.

Sebelum ini dikenali sebagai Suruhanjaya Perumahan serta Pembangunan Sarawak SPPS, sebelum ianya dijenamakan semula sebagai Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

Terdapat beberapa skim bagi program bantuan rumah mampu milik yang sedang rancak telah ditawarkan oleh kerajaan negeri Sarawak antaranya ialah ppr, Spektra Permata (RSP), PPRP – Program Pinjaman Rumah Panjang, Sri Pertiwi & juga bantuan sewaan rumah.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara mohon Rumah Mampu Milik Sarawak & Bantuan Sewa Dari HDC.

Baca juga: Positif COVID Semasa Kerja, Anda Boleh Claim PERKESO. Lihat Syarat & Cara Tuntutan

RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK

Untuk makluman anda, sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai butiran info bagi skim program rumah mampu milik yang telah ditawar oleh kerajaan negeri Sarawak boleh rujuk pada jadual di bawah:

PERKARALINK PAUTAN
Rumah PPR SarawakRUJUK SINI
Rumah Spektra Permata (RSP)MOHON SINI
PPRP – Program Pinjaman Rumah PanjangCHECK SINI
Program Sri Pertiwisedang dikemaskinikan

SKIM BANTUAN SEWA RUMAH SARAWAK DI HDC

Untuk pengetahuan anda ianya adalah satu lagi skim bantuan yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri Sarawak agar dapat membantu rakyat Sarawak untuk mengurangkan lagi bayaran sewa rumah di bandar besar negeri Sarawak seperti Bintulu, Miri, Sibu, & juga Kuching.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Kelebihan

Kepada yang layak sekiranya terpilih untuk skim program ini, jangan risau kerana anda akan dibantu daripada bantuan sewa rumah selama tempoh 36 bulan lamanya (3 tahun) untuk jumlah yang maksimum iaitu sebanyak RM200 sebulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Bermastautin di Sarawak.
  3. Pada kad pengenalan/IC anda ada tertera status K.
  4. Nama anda mestilah tersenarai di dalam senarai sistem portal ekasih ataupun gaji serta pendapatan isi rumah anda pada setiap bulan tidak lebih RM2131 untuk sebulan.

Dokumen Sokongan Yang diperlukan

  1. Dokumen sokongan yang telah membuktikan bahawa anda adalah penerima ekasih.
  2. Mestilah ada Salinan sijil kahwin/sijil cerai.
  3. perlulah ada Salinan kad pengenalan (pemohon & pasangan).
  4. Salinan sijil lahir/mykid/mykad anak yang berada di bawah tanggungan dan mestilah tinggal bersama pemohon.
  5. Penyata gaji yang telah menunjukkan bahawa pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/pasangan.
  6. Salinan kad oku bagi pemohon oku.
  7. Perjanjian sewa yang telah ditandatangani & juga telah dimatikan setem hasil.
  8. Persetujuan kepada tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa rumah Sarawak (SRAS).
  9. Gambar premis yang sedang disewa oleh anda.

Baca juga: Jadual Jangkaan Masa Duit BKC Masuk Dalam Bank – Maybank, CIMB, BSN

Cara Memohon

Untuk Pengetahuan anda, cara untuk memohon mudah sahaja, sila download borang permohonan bantuan sewa rumah ini, selepas itu isi borang dengan selengkapnya & hantar semula ke Pejabat HDC Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri sarawak.

PERKARALINK PAUTAN
Download Borang Permohonan Skim Bantuan Sewa di Sarawak secara onlinehttps://hdc.sarawak.gov.my/Borang-HDC.pdf
Nombor telefon bantuan hotline82-444381

VIDEO

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!

Penafian – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Rumah Mampu Milik Sarawak & Bantuan Sewa Dari HDC” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!