Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Kebelakangan ini, harga rumah semakin mahal. Tidak semua rakyat Malaysia mampu menampung bayaran yang mahal untuk rumah-rumah yang berada di pasaran sekarang. Oleh itu, kerajaan pusat dan negeri telah memperkenalkan program dan insentif dengan tujuan untuk membantu mereka memiliki rumah. Salah satu program tersebut adalah Program Rumah Mampui Milik.

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Bagi mereka yang tinggal di Johor boleh cuba memohon bantuan daripada program ini untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Cara Buat Permohonan

Berikut adalah cara untuk anda buat permohonan RMMJ tersebut menerusi laman sesawang rasmi mereka.

Step 1 – Sila lawati laman sesawang rasmi erumah johor di https://erumah.johor.gov.my/

Step 2 – Individu harus mendaftar akaun baru sekiranya mereka masih tidak mempunyai akaun

Step 3 – Log masuk ke dalam akaun SUKJ, kemaskini maklumat akaun dengan tepat.

Step 4 – Pilih projek rumah dan hantar permohonan

Antara Projek yang ada melalui laman sesawang erumah adalah :

RMMJ

  • Pemohon harus menghantar dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan. Hanya pemohon yang layak saja akan dipanggil untuk proses undian.

PPR

  • Hanya pemohon layak saja akan dipanggil untuk sesi temuduga

Lot Bumiputera

  • Pemohon akan dimaklumkan untuk proses seterusnya.

Syarat Kelayakan RMMJ

Beberapa syarat ditetapkan untuk pemohon sebelum membuat sebarang permohan, antara senarainya adalah seperti berikut, ini berdasarkan maklumat dari laman sesawang erumah, jika ada perubahan akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

  • Bujang/Berkahwin layak memohon
  • Warganegara Malaysia, menetap 10 tahun di negeri Johor, dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Hanya satu permohonan sahaja bagi pasangan suami isteri. Permohonan isteri kedua harus menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
  • Pemohon/pasangan yang mempunyai RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon kedua iaitu Rumah Mampu Biaya B.
  • Hanya satu kedai sahaja bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) dalam negeri Johor.
  • Pemohon/pasangan yang telah mempunyai Rumah Kos Sederhana/Rumah Mampu Milik/Rumah Mewah TIDAK LAYAK untuk memohon
  • Pemohon/Pasangan yang telah mempunyai RKR/RKSR/PKSA/PKJB boleh memohon rumah kedua iaitu RMB C dan RMB D
  • Tempoh sah pendaftaran rumah adalah DUA tahun dari tarikh pendaftaran.

  • Tidak melebihi had pendapatan seisi rumah
    1. RMB A: RM 4000
    2. RMB B: RM 6000
    3. RMB C: RM 8000
    4. RMB D: RM 10 000
    5. KKS : RM 13 000

Semakan Status Permohonan

Setelah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan status secara atas talian “online” melalui web portal rasmi mereka seperti step dibawah :

Step 1 – Sila ke halaman semakan erumah Eperumaha

Step 2 – Masukkan nombor Kad Pengenalan/Khas/No. Pendaftaran Syarikat untuk membuat semakan dan selesai.

Contoh Rumah:

Ini adalah contoh rumah dalam projek pembinaan yang dibuat menerusi erumah RMMJ PPR. design yang cantik dan menawan.

PPR MELANA INDA FASA2
Taman Desa 2
Taman Melor Jaya

Maklumat Lanjut:

Untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut anda boleh melawati laman web atau pejabat SUKJ

Bahagian Perumahan
Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor

Laman Web: https://erumah.johor.gov.my/

Email: [email protected]

Tel: 07-2666260 / 07-2666261

Penafian: Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan syarat, cara mohon dan info berkaitan dengan Rumah Mampu Milik Johor RMMJ dengan rujukan dari laman sesawang rasmi erumah, sebarang permohonan baru boleh terus melalui website rasmi, kami tiada sebarang kaitan bersama erumah, hanya sekadar menyampaikan info sahih sahaja

Leave a Comment