Home » Portal Rasmi » Rumah Mampu Milik B40 2021, Permohonan Kini Dibuka!

Rumah Mampu Milik B40 2021, Permohonan Kini Dibuka!

Rumah Mampu Milik Bagi B40 2021, Permohonan Kini Dibuka!

Adakah anda tahu apa itu TEDUH? Portal Malaysia akan berkongsi kepada anda informasi berkaitan dengan TEDUH pada kali ini.

TEDUH adalah satu portal rasmi yang dimana akan memaparkan maklumat dan juga fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Di dalam TEDUH Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modal utama.

Fokus TEDUH berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang inginmemiliki rumah dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Baca Juga : Tarikh Pembayaran i-Sinar Jun 2021. Semak Sekarang!

SYARAT & KELAYAKAN

SKIM PPR DISEWA

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Pendapatan isi rumah haruslah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah sendiri
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

SKIM PPR DIMILIKI

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Pendapatan isi rumah hendaklah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah sendiri
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

PEMOHON SKIM PRIMA

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Bujang / Berkahwin atau Berumur 21 tahun ke atas sahaja
  3. Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua anda
  4. Pendapatan isi rumah hendaklahRM15,000 ke bawah

CARA PERMOHONAN

DAFTAR AKAUN PEMOHON

  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon hendaklah terlebih dahulu membuat akaun seperti link yang telah disediakan dibawah.
  2. Sila klik link yang disediakan ini. https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  3. Sila pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail dengan lengkap.

PERGI KE EMAIL ANDA UNTUK PENGESAHAN

  1. Sila pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul & masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah anda daftarkan.
  3. Pastikan anda klik pada pautan yang berwarna biru.
  4. Setelah itu pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diingat.

SILA PILIH SKIM

  1. Bagi permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Sila baca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum anda klik “pilih skim yang di inginkan”.
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas sebarang maklumat.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan adalah wajib.

Baca Juga : Cara Tebus Baucar Tunai BPR 2021 Fasa 2

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti untuk disemak.
  2. Sila pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

Baca Juga : Bantuan RM1000 Kepada Golongan Belia Yang berumur 18-30 Tahun

PENGESAHAN

  1. Setelah dokumen sokongan dihantar, pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon perlu menunggu ke langkah seterusnya.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Rumah Mampu Milik B40 2021, Permohonan Kini Dibuka!” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Leave a Comment