Home » Bantuan » Rumah IKRAM KPKT: Cara Mohon Rumah Sewa Serendah RM124

Rumah IKRAM KPKT: Cara Mohon Rumah Sewa Serendah RM124

INISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAH IKRAM KPKT)

Pada 15 September, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican dan pasukan KPKT memperkenalkan RUMAH IKRAM KPKT

Ini adalah sebuah Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia khusus kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menariknya, inisiatif menawarkan rumah sewa yang selesa serendah RM124 sahaja untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang syarat-syarat, cara permohonan dan senarai Rumah IKRAM di seluruh Malaysia.

Apakah Rumah IKRAM KPKT?

Ramai di luar sana yang kekurangan atau kehilangan pendapatan serta pekerjaan mereka sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi akibat pandemik ini.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Inisiatif ini menawarkan sewaan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sehingga dua tahun pada kadar yang paling minimum iaitu dengan harga RM124 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan & Johor pada peringkat permulaan ini.

Dalam masa terdekat ini usaha untuk perluaskan ke negeri-negeri lain akan dibuat.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan inisiatif ini adalah seperti dibawah:

  1. Pemohon & pasangan warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 18 tahun & ke atas sahaja
  3. Tidak memiliki rumah, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpama dengan nya.
  4. Pendapatan isi rumah anda tidak melebihi RM3000 sebulan.

Lokasi Rumah

Buat permulaan ini, lokasi rumah sewa di bawah inisiatif ini adalah di sekitar

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Kedah
  • Kelantan
  • Johor

Jangan risau inisiatif ini akan diperluaskan ke seluruh negara dalam masa yang terdekat.

Untuk melihat senarai rumah yang terlibat, sila rujuk di pautan berikut: KLIK DISINI

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Rumah IKRAM ini, sila rujuk siaran media di bawah.

Anda juga boleh berhubung dengan pihak KPKT untuk pertanyaan lanjut melalui saluran berikut:

  • Jabatan Perumahan Negara
    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

Pertanyaan Program Skim PPR :

  • 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
  • 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
  • 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Banyak lagi inisiatif KPKT yang boleh dimanfaatkan seperti berikut:

Disclaimers – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Rumah IKRAM KPKT: Cara Mohon Rumah Sewa Serendah RM124” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!