Baru- baru ini nama Iqbal hangat diperkatakan selepas telah memutuskan hubungan cintanya dengan Datuk Diva dan kerana itu dia telah dikecam dan dicemuh ole nitezen dengan memaki hamun Iqbal dan juga membenci personalitinya yang terlalu menunjuk dan bercakap besar.
Disebabkan perkara tersebut Iqbal telah menganggap bahawa dirinya di benci oleh rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menukar warganegara lalu telah pergi ke Indonesia untuk merawat luka dihatinya.
Dia yang telah sampai di Indonesia tiba-tiba membuat satu hantaran di Instagram miliknya tentang pertemuannya dengan Rossa malah bergambar berdua dengan Rossa.
Iqbal yang sudah beberapa hari berada di Indonesia seperti sengaja memprovok bekas kekasihnya Datuk Diva dengn mengatakan bahawa dirinya ingin memperisterikan orang Indonesia kerana lebih cantik dan manja.
Malah menyatakan dirinya sedang cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang itu dan sempat memuji Rossa sebagai seorang wanita yang lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.
Namun kini terjawab apabila Rossa telah menegaskan bahawa dia tidak mengenali Iqbal dan hanya menganggap Iqbal sebagai penggemar yang ingin bergambar bersamanya semasa mempromosikan di tayangan filem Love Knots.
Rossa juga menjelaskan dia da teringat yang terdapat peminat dari Malaysia yang mahu bergambar bersamanya dan dia akur namun kejadian itu hanya sekali imbas dan Rossa tidak tahu nama dan juga siapa Iqbal , mereka hanya bergambar tanpa berbual kerana dia memang melayan peminatnya dengan baik.
Rossa atau nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, berasa sangat terhibur apabila diberitahu bahawa dirinya sedang hangat diperkatakan di Malaysia kerana mempunyai hubungan istimewa dengan Iqbal.
Rossa juga memohon maaf kerana tidak mengenali dan tidak mengingati Iqbal semasa bergambar dan berkata bahawa dia sudah lama tidak datang Malaysia.
Penyanyi lagu Pudar ini berselorah dan merasa gembira jika ada yang mahu berkenalan dan mengenali dirinya serta tidak menolak jika dijodohkan oleh kawan-kawan asalkan elok orangnya.
Dia tidak pernah lekang dari senyuman telah ditemubual secara maya kerana mempromosikan single terbaru darinya iaitu Terlalu Berharap dan sempat menyanyikan sedikit lagu tersebut untuk didengar oleh wartawan.
Bila ditanya berkenaan jodoh dalam wawancara , Rossa menyatakan bahwa perkahwinan bukanlah keutamaan buatnya kerana sekarang dia sedang sibuk menguruskan kariernya.
Dia yang sudah mempunyai anak tidak terburu- buru untuk berkahwin kerana tidak merasa perkara tersebut perlu buat masa sekarang dan berkenaan hal jodoh biarlah Allah yang tentukan dan menerima dengan hati yang terbuka dengan takdirnya serta jalani kehidupan sebaik – baiknya.
Merasa bersyukur kerana mempunyai keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong kariernya sebagai penyanyi dan juga juri dalam rancangan realiti tv, dia senang dengan kehidupan sekarang dan merasa bahagia dikelilingi orang tersayang.
Tidak mahu tercalit dengan gosip-gosip yang tidak menguntungkan , Rossa hanya ketawa dan senang kerana menjadi popular di Malaysia gara-gara digosipkan dengan Iqbal.
Tidak juga menolak yang dirinya ada didekati oleh lelaki namun tidak mahu berkongsi secara umum kerana masih belum tahu sejauh mana hubungan itu nanti dan jika sudah mahu menikah dia tidak segan silu untuk berkongsi kepada semua .