Nama legenda bola sepak Malaysia, Datuk Soh Chin Ann menjadi sebutan pengulas terkemuka, Peter Drury ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 diantara Portugal menentang Morocco kelmarin.
Beliau menyatakan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi pemain kedua selepas pemain Kuwait, Bader Al-Mutawa yang memecahkan rekod 195 penampilan antarabangsa milik Soh Chin Ann.
Ini juga mungkin penampilan terakhir Ronaldo di pentas antarabangsa apabila pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia sekaligus menahan tangisan dimana beliau terus berjalan keluar ke bilik persalinan dengan impiannya untuk memenangi trofi itu musnah.
Sila Baca Disini : Pemain Portugal Tidak Puas Hati!
Ronaldo Pecahkan Rekod Legenda Malaysia!
Kerana beliau memikirkan ini Piala Dunia terakhir buatnya. Kecuali Portugal tetap menyertakan namanya 4 tahun lagi dan kemudian mereka menang.
Ronaldo mungkin meraikan kejayaan menyamai rekod penampilan antarabangsa sepanjang zaman dengan kaps Portugal ke-196, tetapi Ronaldo sedih gagal membantu negaranya. Kudratnya sudah tidak seperti dulu.
Ada tiga pemain dari Malaysia mencapai penampilan antarabangsa terbanyak.
Selain Datuk Soh Chin Ann, ada 3 orang pemain dari Malaysia yang mencapai penampilan antarabangsa terbanyak dan telah menempatkan diri dalam FIFA Century Club berdasarkan kemaskini yang dilakukan oleh FIFA pada 4 Mei 2021 yang lalu.
FIFA Century Club merupakan satu senarai pemain-pemain setiap negara yang telah berjaya mencapai sekurang-kurangnya 100 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan.
3 pemain Malaysia yang berada dalam senarai FIFA Century Club adalah :
SHUKOR SALLEH MAS 163 1970-11-15 SVM 1981-09-12 UAE
MOKHTAR DAHARI MAS 138 1972-06-07 SRI 1985-05-19 KOR
R. ARUMUGAM MAS 131 1973-05-17 HKG 1986-09-23 QAT
Mengikut senarai ini, Shukor Salleh merekodkan bilangan penampilan paling banyak (sehingga kemaskini 4 Mei 2021) dengan 163 kali, dimana penampilan pertama beliau adalah pada 15 November 1970 ketika bertemu South Vietnam dalam kejohanan King’s Cup 1970.
Jika dilihat dari pemain yang masih aktif beraksi untuk Malaysia, Aidil Zafuan berpeluang untuk berada dalam senarai FIFA Century Club jika terus dipanggil beraksi dengan skuad kebangsaan lagi selepas ini.