Ronaldo Akhirnya Jaringkan Gol Pertama!


Pengurus Manchester United, Erik teh Hag, berkata Cristiano Ronaldo “memerlukan gol itu” selepas penyerang veteran berkenaan akhirnya memperoleh jaringan pertamanya sepanjang musim ini ketika menewaskan Sheriff Tiraspol dalam Liga Europa (UEL) awal pagi semalam.


Ronaldo menjaringkan gol sepakan penalti sewaktu pasukannya meraih kemenangan 2-0 di Moldova, di mana pasukan bimbingan Ten Hag itu turut meraih tiga mata pertama dalam UEL.

Ia merupakan jaringan pertama pemain berusia 37 tahun itu selepas lapan penampilan sepanjang musim ini dan juga merupakan jaringannya yang ke-699 di peringkat kelab.

Sila Baca Disini : Harimau Muda Peroleh 3 Mata Wajib!


Ronaldo Akhirnya Jaringkan Gol Pertama!

“Ronaldo perlukan gol itu. Beliau banyak kali hampir melakukannya (dalam musim ini) tetapi beliau benar-benar mahukannya,” ujar Ten Hag.

“Kami gembira untuknya dan pasukan ini mahu memberikannya jaringan supaya memberikan motivasi tinggi buat beliau selepas ini.

“Anda sentiasa tahu Ronaldo akan menjaringkan sepakan penalti,” katanya.


Aksi di Stadionul Zimbru itu menyaksikan Jadon Sancho terlebih dahulu meletakkan pelawat di depan pada minit ke-17 sebelum Ronaldo menggandakan jaringan berkenaan pada minit ke-39.

United kini berada di tangga kedua Kumpulan E dengan tiga mata daripada dua perlawanan dan ketinggalan tiga mata di belakang pasukan pendahulu, Real Sociedad.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3