Home » Isu Semasa » RMK-12: Utama Bantuan Untuk B40, OKU, PKS, Wanita Dan Bumiputera

RMK-12: Utama Bantuan Untuk B40, OKU, PKS, Wanita Dan Bumiputera

Rancangan Malaysia Ke-12

RMKe-12 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat, bakal menjadikan negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik menjelang 2025.

“Tujuan pembaharuan ini bukannya untuk menjana kekayaan negara semata-mata. Sebaliknya, untuk menangani beberapa cabaran dalam struktur ekonomi, menyediakan tenaga kerja masa hadapan, meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia & merapatkan jurang pembangunan antara wilayah” kata beliau.

Perdana Menteri juga menggariskan matlamat utama dalam tempoh RMKe-12:

  • Pertama: Pertumbuhan KDNK disasarkan pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh 2021-2025;
  • Kedua: Purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira-kira 10 ribu ringgit sebulan pada tahun 2025;
  • Ketiga: Jurang KDNK per kapita antara Wilayah Tengah dan Sabah dikurangkan kepada 1 nisbah 2.5, manakala bagi Sarawak dikurangkan kepada 1 nisbah 1.2 pada tahun 2025; dan
  • Keempat: Pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Green House Gas (GHG) sebanyak 45 peratus kepada KDNK pada tahun 2030 berdasarkan intensiti pelepasan pada tahun 2005, sejajar dengan Perjanjian Paris 2015

Sembilan fokus utama RMKe-12 seperti berikut:

  1. Pertama ialah Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi;
  2. Kedua ialah Memperkukuh Pemangkin Pertumbuhan;
  3. Ketiga ialah Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia;
  4. Keempat ialah Memantapkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam;
  5. Kelima ialah Membasmi Kemiskinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan;
  6. Keenam ialah Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia;
  7. Ketujuh ialah Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Kurang Membangun;
  8. Kelapan ialah Mempercepat Pertumbuhan Hijau; dan akhir sekali
  9. Kesembilan ialah Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam dan memastikan Pelaksanaan Dasar yang Berkesan.

Turut menjadi fokus utama ialah Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia, Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Kurang Membangun,

Mempercepat Pertumbuhan Hijau dan Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Memastikan Pelaksanaan Dasar yang Berkesan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang bermula pada 27 Mac 2020 selepas ia berjaya menstabilkan ekonomi negara sehingga Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) kembali berkembang sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua 2021 setelah menguncup pada empat sukuan sebelumnya.

“Ia akan diteruskan menerusi RMKe-12 yang akan membolehkan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik malah semua strategi dan inisiatifnya sejajar dengan Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan yang dipersetujui oleh semua ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015.

“Kita mahu memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi serta kalis cabaran pada masa hadapan. Namun, pencapaian ini tidak bermakna, jika masih ada Keluarga Malaysia yang terpinggir daripada arus pembangunan.

“Kita mahu hidup bahagia bersama-sama, sebagai satu keluarga tanpa mengira tahap pendapatan, agama, bangsa dan kaum. Dalam melaksanakan pembangunan, kelestarian alam perlu menjadi agenda utama negara kerana ia akan diwarisi oleh generasi masa hadapan,” kata beliau.

Sumber: Pembentangan RMKe-12, Dewan Rakyat

Baca juga: BPR Fasa 3: Pembayaran Bermula Hari Ini 28 September 2021

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan yang related dengan “RMK-12: Utama Bantuan Untuk B40, OKU, PKS, Wanita Dan Bumiputera” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!