Rita Rudaini Gelar Rakyat Malaysia Tak ‘Kenang’ Budi.


Rita Rudaini yang sering dilanda kontroversi gara-gara tidak mahu mengambil suntikan vaksin, hari ini telah tampil menyelar dan mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang nampaknya tidak berpuas hati dengan pemberian dos tambahan seperti yang dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

Menerusi ruangan Instagram Story miliknya, dia telah memuat naik artikel daripada Astro AWANI bertajuk ‘Khairy Jawab Kemarahan Warganet Mengenai Dos Penggalak Keempat’.

Dalam artikel itu ada yang menyatakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menjalankan kajian untuk memberikan dos ke-4 bagi meningkatkan imunisasi dan daya ketahanan penerima terhadap jangkitan wabak pembunuh itu.


Melalui kenyataan itu dia mengatakan. segelintir rakyat bersikap seperti ‘habis madu sepah dibuang’ kerana telah mengkritik tindakan Khairy yang membawa masuk ‘penawar’ tambahan yang sebelum ini dipuji dan disanjung-sanjung olek seluruh rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan berkenaan.

Habis madu sepah dibuang, dulu dialah yang tolong korang bawa masuk penawar untuk korang, korang puja dia, korang marah orang lain, korang kata penawar itu ‘ikhtiar’. Sekarang korang nak marah dia kenapa? Memang tak kenang budi.

 

Rita Rudaini

Dulu dia bagi 1, korang minta 2, sekarang dia bagi lebih korang marah kenapa? Bukan kena bayar pun..korang ni memang tak kenang dek untung.

NAmun kenyataan nya itu sepetinya sedang memerli rakyat Malaysia yang meyokong dan menerima suntikan vaksin kerana pelakon kelahiran penang  itu sebelum ini memang diketahui lantang menyuarakan pandangan mengenai vaksin COVID-19 dan memilih untuk digelar sebagai ‘pro-safe’ dan secara terang – terangan menolak pengambilan suntikan vaksin.

Dia yang sebelum inibanyak mendapat kritikan dan kecaman daripada para netisen yang tidak suka dengan sikapnya yang menolak pengambilan vaksin malah banyak berkongsi tentang keburukkan vaksin dan kelemahan sistem pengambilan vaksin apabila rakyat perlu mengambil beberapa dos malah kali ini diwajibkan mengambil hingga ke dos ke 4.

Perkara ini juga menjadi topik perbincangan rakyat apabila tepakasa mengambil lagi vaksin dengan risiko yang perlu dipertaruhkan dan ianya sangat membimbangkan semua orang serta menimbulkan kesangsian terhadap kesana terhadap suntikan berkenaan.

 

Disclaimers – Bahan artikel kami share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Rita Rudaini Gelar Rakyat Malaysia Tak ‘Kenang’ Budi.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.