Ridhuan Tee Kecewa Lagu Raya Baru Tak Sedap, Terjerit Macam Hilang Pedoman, Menari Dengan Bapok


Penceramah bebas Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee meluahkan rasa kecewa terhadap lagu-lagu raya baru yang dirasakan tidak sesuai didengar ketika sambutan Syawal..

Menyifatkan lagu-lagu raya baru seolah sudah hilang roh dan jati diri, Ridhuan berkata pemuzik tempatan terlalu mahukan inovasi sehingga jejaskan suasana hari raya..

“Saya teramat kecewa apabila lagu-lagu raya hari ini sudah hilang roh dan jati diri. Kenapa lagu-lagu hari ini tak sedap. Malah lebih teruk lagi terkinja-kinja, terjerit seperti orang hilang pedoman?


“Paling malang ia dianggap sebagai satu inovasi sedangkan lagu dan muzik itu terjerit-jerit dan terkinja-kinja. Bagaimana nak rasa suasana hari raya? Lebih malang lagi, ada pula menyanyikan lagu raya bersama-sama bapok, rosak lagu raya sampai mak sendiri tak sanggup nak tengok,” katanya..

Dalam pada itu, Ridhuan berkata inovasi dalam muzik yang diperjuangkan hanyalah pengaruh budaya barat bukannya satu pembaharuan…

“Jelas menunjukkan betapa barat telah berjaya ‘membasuh’ otak kita apabila irama muzik seperti rock, R&B dan rap diagungkan. Itu bukan satu inovasi tetapi meniru gaya barat, sedangkan yang menyanyi lagu tersebut berwajah Melayu.


“Ada penyanyi yang puji lagu mereka sendiri sedangkan yang mendengar adalah peminat. Jadi dengarlah suara hati pendengar,” katanya.

Sementara itu, Ridhuan turut berpendapat lagu nyanyian penyanyi lama seprto Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Datuk DJ Dave dan Datuk M Nasir dimana lagu mereka menyentuh perasaan..

“Lagu-lagu lama penuh jati diri walaup dinyanyikan oleh orang bukan Melayu seperti DJ Dave. Jika kita nyanyikan lagu-lagu terdahulu tanpa sedar boleh mengalirkan air mata..


“Cuba tanya pengkarya seperti M Nasir, saya tidak fikir dia akan tergamak untuk masukkan elemen rock atau R&B dalam lagu raya. Saya amat kenal orang seperti ini, jati dirinya amat kuat. Begitu juga Allahyarham P Ramlee, Saloma dan Sudirman jika masih hidup..

“Kepada pengkarya dan penyanyi hari ini, cuba dengar baik, tenung dan renungkan kenapa lagu raya 70an, 80an begitu menusuk,” katanya..




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3